Monday, February 06, 2017

Sarawak FA 1 - 0 Pahang FA Liga Super Malaysia 2017



Kekalahan kedua berturut-turut. Jika minggu lalu tewas kepada Kedah di Darul Aman kali ini , Bujang Senang dikecewakan Pahang Tok Gajah di laman sendiri.

Sarawak gagal memanfaat peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas tipis 1-0 di pangkuan Pahang pada saingan Liga Super 2017 di Stadium Negeri di sini malam tadi.

Sebaik perlawanan bermula Pahang melakukan serangan pantas dan hampir-hampir memperolehi gol awal pada minit keenam setelah penyerang importnya, Chinedu Bright melakukan percubaan.

Minit ke-11, skuad Tok Gajah (Pahang) dihadiahkan sepakan percuma oleh pengadil perlawanan, S Sittharajan kerana melewat-lewat masa permainan namun sepakan gagal disempurnakan.

Dalam perlawanan mencecah masa 15 minit, pemain import Sarawak - Lee Jong Ho pula melakukan serangan kilat dan berjaya memasuki kotak penalti Pahang bagaimanapun beliau tidak sempat melepaskan rembatan.

Namun, penyerang import Pahang, Chinedu Bright membuka jaringan pada minit ke- 23 setelah menerima umpanan cantik daripada rakannya, Francisco Bohigues.

Dengan mendahului 1-0, pasukan pelawat terus mengasak kubu tuan rumah dan beberapa percubaan serta peluang terbaik untuk menambahkan jaringan namun dapat dipatahkan jentera pertahanan Sarawak.

Minit ke-30, Sarawak mengeluarkan Nur Shamie Iszuan Amin yang mengalami kecederaan dan memasukkan Abdul Rahim Abdul Razak.

Pada masa yang sama, pemain tengah Sarawak - Mohd Shahrol Saperi dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan kerana mengasari pemain lawan pada minit ke-32.

Sarawak agak tertekan dengan ketinggalan 1-0 justeru cuba bangkit dengan melakukan serangan balas dan minit ke-33 pemain importnya, Mark Hartmann meledakkan percubaan depan gawang lawan namun bola melambung tinggi.

Sebaik babak kedua bermula, skuad Tok Gajah hampirhampir menambah jaringan pada minit ke-50 menerusi penyerang import berbisa, Chinedu Bright namun percubaannya sipi.

Beraksi di hadapan hampir 12,000 penyokongpenyokong setia, giliran Sarawak melakukan serangan namun percubaan Mark Hartmann juga sipi di tepi gawang Pahang minit ke-55.

Minit ke-76, penyerang tempatan Sarawak Shareen Tambi memperolehi peluang untuk menyamakan kedudukan namun bola rembatannya melambung tinggi.

Sehingga tamat perlawanan Sarawak tumpas tipis 1-0 di tangan Pahang.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites