Sunday, September 17, 2006

Fieldtrip to Balai Ringin , Serian.

Photobucket - Video and Image Hosting

Masa untuk update blog... hantujeraul baru jer balik dari fieldtrip Balai Ringin, Serian, Sarawak. Masih terasa lagi penat dan lenguh-lenguh kat sendi ni. Dah dua hari dah buat fieldtrip kat Balai Ringin ni (dalam bot pulak tu). Baru hari ni terasa nak update gambar fieldtrip kat hantujeraul blogspot, fotopages ngan photobucket. Sambil tu sempat gak post gambo Balai Ringin ni kat forum Cari tu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dua hari naik bot ...bila dah kat darat ni terasa cam naik bot jugak.... dalam dua hari tu jugak hantujeraul kena hujan. Demam rasanya kut esok..... Biasalah, dah namanya kerja. Lagi pun bukan sekali dua pernah buat kerja-kerja dalam hujan ni... beratus-ratus kali rasanya.. kira dah expert jugaklah...
Kerja fieldtrip kali ni dilakukan kat Balai Ringin adalah untuk melihat pertembungan 2 sungai. Satu berair keruh , cam Sungai Sarawak, dan satu lagi air hitam. (Black Water). Betul-betul hitam. Tapi pada pandangan sahaja. Setelah diambil sampel dan diletakkan ke botol... warna air itu sebenarnya berwarna seperti air teh O..

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami bermula operasi dari Pasar Balai Ringin hingga ke Danau Semada. Sebuah danau yang pada masa air tinggi merupakan sebuah tasik yang besar. Sayangnya fieldtrip kali ni kami tak dapat tengok Danau Semada jadi tasik besar.. yang ada hanya lalang-lalang. Lagi pula kena bukan pada musim air tinggi.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites