Friday, September 01, 2006

Sambutan Hari Kemerdekaan di Kuching.

Photobucket - Video and Image Hosting

Tanggal 31 Ogos 2006, Sekali lagi kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Negara. Sejak pertama kali "Merdeka" dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman 49 tahun lalu, rakyat pelbagai kaum kaum di Malaysia telah hidup dalam keadaan aman, damai, dan harmoni. Senario yang sama juga aku perhatikan semasa berada di Padang Merdeka dan Kuching Waterfront. Rakyat pelbagai kaum bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke 49 dengan riang dan bersemangat. Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan kali ini di buat di Kuching Sarawak. Rasanya inilah kali kedua Sarawak menjadi tuan rumah Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kibaran bendera Malaysia dan Sarawak ada dimana-man ... kereta, bangunan, baju dan belon-belon diudara semuanya menambahkan lagi kemeriahan sambutan hari kemerdekaan ini. Aku macam biasalah .. saja-saja jalan nak tengok kemeriahan dan keadaan Kuching pada malam tersebut. Kalau dah nama peringkat Kebangsaan... faham-faham sajalah keadaan yang bakal berlaku pasti manusia-manusia bersesak-sesak untuk melihat aktiviti yang dijalankan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku pun tergolong dalam kategori tu jugak , sambil membawa kamera. Hehehe ... Aku sampai kat Padang Merdeka malam tu, dalam pukul 10.30 malam. Ingatkan aktiviti dijalankan kat situ, tapi rupa-rupanya di Kuching Waterfront. Malam tu aku hanya sempat ambil gambar dan video semasa operari mercun bermula. Malas aku nak pegi Waterfront. Gerenti full house. Lepas jam 12.30 malam... dan manusia-manusia yang lain beransur pulang aku pun blah ikut member pergi merempit plak kat Masja ... Jam 3 pagi baru aku balik tido.

Photobucket - Video and Image Hosting

Bangun pukul 9.30 ... alamak tak dapatlah aku nak ambil photo sambutan kat Padang Merdeka plak ... Aisehhh ... Pukul 10.40 baru aku sampai kat Padang Merdeka ... ambil gambar apa-apa yang patut. Orang lain ambil gambar masa upacara berlangsung, aku pulak masa dah habis upacara ... heheheheh ..... Ni jer gambar yang aku dapat.. nanti pandai-pandailah aku cari kat member lain.

Photobucket - Video and Image Hosting

Click HERE for more pics

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites