Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa semua. Moga amalan di bulan yang mulia ini diberkati Allah SWT.
Aku cam biasalah, dalam bulan posa ni kurang sikit aktiviti ngelayo-ngelayo. Kalau ngelayo pun, mungkin ke Bazaar Ramadhan jer. Nak ngelayo pegi shopping complex tu, kena tunggu nak dekat bulan Syawal kelak. Lagipun aku ni pun bukan jenis kaki jalan . Kalau ada member bawa jalan baru aku keluar rumah. Kalau tak, tengok TV lah jawabnya.
Hari pertama puasa dah pekena ikan terubok goreng serta telur sekali. Puiiihhh...sedap wo, Wa cakap lu... tapi aku rendam dulu ikan ngan telur terubok tu lama sikit kat air paip, agar kurang rasa masinnya, baru aku goreng. Cicah ngan limau dan cili padi lagi....
Dalam bulan puasa ni, tak taulah pulak...ada lagi tak fieldtrip. Boss pun belum bagi info lagi ngan aku. Dalam dua tahun lepas, aku ada fieldtrip dalam bulan puasa. Tak taulah pulak tahun ni. Jangan-jangan pegi Lawas.....
2 comments:
nak skit leh...lama tak makan..bapak susah nak cari terubuk ni..kene g sarawak dulu..hehehhhehhe
hehehhe..ambik jer...free tu...
Post a Comment