Friday, June 12, 2009

Christiano Ronaldo berpindah ke Real Madrid


Christiano Ronaldo akan berpindah ke Real Madrid.... Aiseehhhhh... frust...
Tapi takper laaa... hasrat dia memang nak kesana dari musim lepas lagi. Tindakan MU memang tepat, takkan nak simpan player yang dah takde hati nak main kat situ lagi, yer dak?
Apa-apa pun, dengan perpindahan CR7 ni, maka terciptalah satu lagi sejarah dunia bola sepak dan khas buat kelab peberet aku Manchester United, dimana perpindahan ini adalah yang tertinggi bidaannya di dunia selepas rekod dahulu dipegang oleh Zinedine Zidane.
MANCHESTER: Manchester United bersetuju menjual ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dengan harga yang mencecah rekod dunia 80 juta pound (RM464 juta), menurut kelab elit itu, semalam.


"Manchester United menerima tawaran rekod dunia, tanpa syarat bernilai 80 juta pound untuk Cristiano Ronaldo dari Real Madrid," kata kelab itu dalam kenyataan di laman webnya.

"Atas permintaan Cristiano – yang sekali lagi melahirkan hasrat untuk meninggalkan kelab ini – dan selepas perbincangan dengan wakil pemain, United bersetuju untuk memberikan Real kelulusan berbincang dengan pemain itu.


"Perkara bersangkutan dengan perpindahan itu dijangka akan dimuktamadkan menjelang 30 Jun ini. Kelab ini tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga diberitahu kelak."

Ronaldo sejak sekian lama menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol itu, yang presiden barunya yang dilantik semula, Florentino Perez berikrar awal minggu ini untuk melakukan segala-galanya membawa bintang berusia 24 tahun itu ke San Bernabeu.

Berita itu hadir hanya beberapa hari selepas Real melengkapkan perpindahan 56 juta pound (RM325 juta) untuk perancangan Brazil, Kaka dari kelab Itali, AC Milan.
Madrid terpaksa belanja besar ketika tampak akan bersaing dengan musuh ketat, Barcelona dalam saingan domestik dan bersama Manchester United serta Chelsea dalam Liga Juara-juara.

United berulang kali dimaklumkan tidak persetujuan dicapai untuk penjualan pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa di sebalik kenyataan yang semakin kerap dari Sepanyol bahawa bekas bintang Sporting Lisbon itu sedang dalam perjalanan ke Bernabeu.

Tiada sebarang kenyataan dari Real Madrid, tetapi dilaporkan di England bahawa Ronaldo yang kini sedang bercuti di Los Angeles sudah bersetuju dengan pra-kontrak bersama kelab Sepanyol itu bernilai 8.3 juta pound (RM48.1 juta) setahun untuk tempoh lima tahun.

Dia begitu berminat menyertai Real sejak 18 bulan lalu dan ia memerlukan rayuan saat akhir dari pengurus United, Sir Alex Ferguson untuk memujuk supaya kekal di Old Trafford musim lalu. – AFP

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites