Thursday, December 03, 2009

Movie Ninja (2009)



Malam tadi dok boring-boring lepak kat umah, ada member bagi aku DVD cerita Ninja. best gila babeng cerita ni. Tapi amat tak sesuai untuk budak-budak tengok akan aksi keganasan dalam filem ni. Dari mula sampai habis cerita memang tak henti-henti action pack.

Filem selama 90 minit ni adalah arahan Isaac Florentine..Antara pelakonnya ialah Scott Adkins & Tsuyoshi Ihara.
Kalau nak tau gak jalan cerita leh click read more dibawah... kalau tak nak spoiler...tak yah tekan...
Kisah ini mengenai seorang pemuda Inggeris (Casey) yang menuntut ilmu Ninjitsu di Jepun. Actually, parents dia dulu memang tinggal di sana, tapi selepas kematian ayahnya yang seorang kaki botol, ibunya telah tinggal dia di sana dan dijaga oleh Sensei yang juga mempunyai seorang anak gadis sebayanya.. Casey ni antara pelajar terbaik dan menghormati Sensei tidak seperti seorang lagi iaitu Masazuka yang lebih sombong dan suka irihati pada Casey. Sensei ni akan melantik salah seorang dari pelajarnya yang berjaya mencapai pangkat tertinggi iaitu Seko untuk mewarisi Yoroi Bitsu iaitu peralatan & senjata ninja beserta antidot racun yang digunakan sebagai senjata untuk melawan pihak musuh..

Satu hari Sensei telah mengarahkan Casey dan Masazuka untuk berlawan semasa sesi latihan, walaubagaimanapun, semasa latihan tersebut Masazuka telah berlawan dengan mengikut emosi dan menggunakan senjata sebenar bagi mencederakan Casey. Beliau telah menyebabkan Sensei menjadi amat marah dan telah menghalau Masazuka keluar dari situ serta merta..Masazuka yang berasa kecewa dan marah telah merantau ke New York dan menjadi ahli kongsi gelap dan juga sebagai pembunuh upahan yang amat kejam.

Pada hari tamat latihan, Sensei telah membuat pengumuman dan akan melantik seseorang bagi mewarisi Yoroi Bitsu tersebut, dan pada hari tersebut juga Masazuka datang dan menuntut supaya Yoroi Bitsu diserahkan padanya..Oleh kerana bimbang akan perkara tersebut, Sensei telah mengarahakn Casey dan Namiko ke New York membawa Yoroi Bitsu dan menyembunyikan di sebuah Universiti di sana..ApabilaMasazuka mengetahui yang Yoroi Bitsu telah di bawa pergi, dia telah membunuh Sensei tanpa rasa belas kasihan..

Seterusnya dia memburu Casey dan Namiko di New York. Namiko telah diculik semasa di New York, dan Masazuka telah membuat perjanjian dengan Casey untuk menyerah Namiko sekiranya Yoroi Bitu diserahkan padanya..Casey bersetuju dan mereka telah bertemu di sebuah tapak gereja lama, dan Casey menyerahkan Yoroi Bisu kepad Masazuka namun kotak tersebut adalah kosong, Casey sebenarnya telah memakai kostum Ninja sebenar dan memiliki kesemua peralatan Yoroi Bitsu..Masazuka amat marah dan berlaku pertarungan antara dua ninja berpakain trdisional dan moden. Akhirnya, Masazuka terbunuh setelah Casey berjaya menggunakan ilmu yang xsempat dipelajari Masazuka..

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites