Apa pendapat anda tentang isu tersebut?... Sebenarnya di Malaysia ni, banyak dah berlaku.
LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada pemaparan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British. Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya mencaci kerajaan Malaysia.
Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya. Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana orang ramai melihat perkara tersebut dari aspek keagamaan berhubung perkara itu.
"Saya sangat takut untuk pulang ke tanahair. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya.
Fatine mendakwa satu artikel dalam sebuah tabloid Bahasa Malaysia baru-baru ini telah memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga
mencetuskan reaksi negatif. Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu untuk membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan perhubungan dengannya.
"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam memohon maaf menerusi panggilan telefon. Saya menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa-apa yang telah berlaku," kata artis solek berusia 36 tahun itu. Fatine berasa kesal kerana artikel tersebut telah memutarbelitkan kisah mereka dan mereka tidak berniat untuk menghina komuniti Melayu.
"Mereka juga memasukkan nama bapa saya dalam artikel itu. Itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.
Fatine berkata dia kecewa kerana komuniti Melayu tersinggung. Tambahnya, mereka berdua cuma ingin bersama di UK kerana mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.
Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".
Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur-ansur baik.
Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, pemilik syarikat penyelenggaraan harta tanah Mei lalu. Dia berdepan dengan tindakan deportasi kembali ke Malaysia selepas visa 'Leave to Remain' miliknya ditolak oleh Home Office ekoran foto "salah".
Permohonan kedua yang besertakan foto paspot dengan latar putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula.
Bagaimanapun, permohonannya untuk mendapatkan visa telah ditolak pada Oktober lalu.
Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk mendapatkan kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain. Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, jabatan imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.
Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius rakyat Malaysia tinggal terlalu lama di luar negara.
kredit - mstar online
0 comments:
Post a Comment