Monday, February 23, 2009

Wana Juara Program Realiti TV Mystarz LG

Pics credit to Bloghiburan.com

Program Realiti Mystarz musim ke 2 telah melabuhkan tirainya semalam. 14 peserta pada awal rancangan, dan hanya 4 yang tinggal bagi mengisi slot grand final dan finalis yang membuat persembahan semalam ialah Wana , Cassie, Hairi dan Nashrin.
Konsert final Mystarz LG ini diadakan di PWTC dan disiarkan secara langsung malam tadi di stesen tv swasta TV3.
Pihak hantujeraul blogspot ingin mengucapkan tahniah kepada Noriezuana Syed Shafudin atau nama mesranya Wana, gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Skudai, Johor kerana telah menjuarai Mystarz LG untuk musim ke 2 ini. Wana telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.000, sebuah LG LCD TV 42 inci, dan juga kontrak rakaman bersama Warner (M) Sdn. Bhd.

Wana telah memberikan persembahan yang lebih menonjol. Tidak kira genre balada atau pop rock, belaiu berjaya membawanya dengan baik. Vokalnya mantap dan showmanshipnya juga bagus.
Naib juara pula jatuh kepada Wan Nashrinie Zafri @ Nashrin, jejaka 19 tahun yang berasal dari Pulau Pinang. Nashrin telah berjaya merangkul sebuah LG LCD TV 32 inci, dan juga barangan daripada LG.

Selain dari itu, Cassie yang memenangi tempat ketiga membawa pulang telefon bimbit LG Renoir, manakala Hairi di tempat ke 4 memenangi penghawa dingin LG Art Cool. Untuk pengetahuan anda, keputusan diadili oleh juri professional iaitu Hattan, Liza Hanim, dan juga juri jemputan iaitu Ajai. Keputusan sepenuhnya diadili dengan 70% dari juri dan juga 30% dari undian.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites