Wednesday, January 14, 2009

Dara untuk dilelong



Jeraul : " Nampaknya lepas ni mana-mana awek melayu yg masih berdara yg rasa nak buat duit... boleh la buat bidaan kat internet utk mendapatkan ganjaran lumayan... jgn lupa sertakan sekali gambar posing maut...

Ni tak , bagi dara free kat mat-mat rempit lepas tu adegan seks kena sebar kat internet.... free plak tue...hissshhh..hishh..".

Natalie lelong dara jutaan dolar


NATALIE

SAN DIEGO - Seorang gadis yang masih belajar di universiti, Natalie Dylan sanggup melelong dara di Internet bagi memperoleh wang untuk melanjutkan pelajarannya, lapor sebuah akhbar semalam.


Lelongan itu mendapat sambutan hangat apabila dia berjaya menarik seramai 10,000 lelaki dan bidaan tertinggi kini mencecah AS$3.66 juta (RM13.10 juta).

Tawaran yang diterima oleh Natalie, 22, yang berasal dari San Diego, California mula melonjak selepas sebuah radio di Amerika Syarikat (AS) melaporkan lelongan itu pada September tahun lalu.

"Saya tidak menyangka ramai orang sanggup membida dengan jumlah yang banyak.

"Saya juga sangat terkejut kerana golongan lelaki sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan dara," katanya.

Natalie berkata, dia melelong kehormatan dirinya itu untuk mengumpul dana bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam kursus keluarga dan perkahwinan.

Dia mendapat ilham untuk menjual dara selepas melihat kakaknya, Avia, 23, yang memperoleh wang yang banyak selepas bekerja sebagai pelacur selama tiga minggu.
Natalie memberitahu dia sedia menjalani pemeriksaan perubatan bagi membuktikan dirinya masih dara. Dia juga lulus dua ujian pembohongan.

Bagaimanapun, gadis itu mengaku dia berasa bimbang memikirkan pengalamannya tidur dengan lelaki yang tidak dikenali. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites