Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan semalam (24/4/2006) supaya pilihan raya negeri kesembilan dapat diadakan setelah Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri. Tarikh bagi Penamaan Calon adalah pada 9 Mei 2006 dan bagi pembuangan undi pula ialah pada 20 Mei 2006.
Dalam pilihanraya akan datang, 71 kerusi akan dipertandingkan setelah persempadanan semula oleh SPR meluluskan sembilan kerusi baru tahun lepas. Kerusi-kerusi baru ini ialah Opar, Kota Sentosa, Balai Ringin, Lingga, Bukit Saban, Daro, Bekenu, Pujut dan Batu Danau.
0 comments:
Post a Comment