Monday, April 17, 2006

MyTeam - Program Realiti Tv


Venue dan Tarikh sesi Pemilihan Pemain MyTeam.

Program siri realiti tv yang di bawa oleh TV3 untuk mencari bintang bolasepak tempatan dari seluruh pelusuk tanah air. Usia tidak menjadi penghalang kepada peminat bolasepak tempatan, ini kerana program ini mencari mereka yang betul-betul layak untuk menyertai Myteam. Ujian yang mereka hadapi semuanya sama di setiap negeri.
Orang Kuat MyTeam :
Executive Producer : Khairy Jamaludin dan Jason Lo
Jurulatih : Serbageth Singh dan Bojan Hodak (Croatia)


Syarat untuk memasuki MyTeam :

Peserta akan menjalani 3 ujian utama membabitkan ujian larian 100 meter dalam masa 12 saat.Jika gagal, peserta itu akan diketepikan dan jika berjaya, dia akan menjalani ujian kedua iaitu bermain bola sepak 9 sebelah selama 15 minit.Daripada ujian kedua itu, pemain yang mempunyai bakat dan kemahiran mencukupi, akan terpilih ke ujian ketiga iaitu satu lawan satu. 45 peserta yang akan dibawa ke latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN) selama lapan minggu. ketika menjalani latihan pusat itu setiap peserta akan diberikan RM500 seminggu sebagai elaun, tetapi pada masa yang sama peserta akan disingkirkan secara berperingkat hingga 23 pemain terakhir.

Untuk keterangan lanjut....anda bolehlah click ke link MyTeam di sebelah.http://myteam.bluehyppo.com/

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites