Tuesday, August 29, 2006

Mawi dan Ina VS Siti dan Dato K

Malam Isnin, 28 Ogos 2006, menyaksikan 2 siaran langsung antara Mawi dan Ina (Astro dan RTM 1) dan Persandingan Siti dan Datuk K (TV3) ke udara pada waktu yang sama. ..... let me start by saying kalau show Mawi-Ina dan Perkahwinan CT dan DK adalah pertandingan boxing, maka Mawi-Ina menang dengan KO !!! ... tahniah pada Astro/RTM for a masterstroke of strategy at the very last minute .....



Tahniah di ucapkan kepada RTM1 dan Astro kerana membuat show ini dengan jayanya sambil diselitkan nyanyian yang cukup menarik untuk mengambarkan suasana. Sempat jugak aku tengok Ina nyanyi lagu Penawar Rindu. Tapi sayang ...tu hanya miming jer.
Dari sudut penganalisaan perhubungan, siapa yang salah dan betul , saya percaya beberapa statement yang di keluarkan oleh kedua-dua belah pihak telah membuktikan penganalisaan aku dari mula dulu tidak jauh dari tepat ... tapi yang peliknya.. kenapa Mawi sentiasa mahu mengelak soalan yang diutarakan oleh Aznil. Nampak dari segi air mukanya dan body language dia... cam tak senang duduk. Keadaan menjadi lebih tegang bila Aznil mula menunjukkan sikap tak puas hati pada cara jawapan Mawi sedangkan Rosyam mula mendapat respond yang positive dari Ina.. Mungkinkah Mawi tak suka cerita peribadinya di ketahui orang ramai? Ina pula bagi aku, belum nampak kematangannya dalam mengatasi situasi sebegini. Tapi aku rasa dia ni nampak lebih jujur dan berani semasa menjawab soalan yang diutarakan oleh Rosyam Nor.
Apa-apa pun aku harap budak berdua ni dapat mengharungi cabaran hidup sebagai Artis baru negara. Tak usahlah gaduh-gaduh lagi. Masing-masing dah ada kerjaya sendiri, so apa lagi...

Photobucket - Video and Image Hosting

Persandingan antara Siti dan Dato K yang disiarkan oleh TV3 pula macam biasa jer aku tengok.. nak kata wedding of the year... nampak kalah dari wedding Erra dan Yusri dulu... apa-apa pun Selamat Pengantin Baru buat keduua-dua mempelai... moga bertahan ke anak cucu....Tak ada apa nak komen sebab aku concentrate ngan Show Mawi dan Ina...
walaupun ketika itu 2 buah tv aku bukak serentak....hehehhehehe...

Photobucket - Video and Image Hosting

1 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites