Pada 19 Disember lepas, Direktorat Oseanografi Kebangsaan (NOD), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah mengadakan program "Sehari Bersama NOD" di tempat aku bekerja. Aku antara AJK yang terlibat semasa program ini diadakan di sini. Kedatangan pihak NOD ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan para tetamu yang hadir tentang peranan mereka, terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam Bidang Sains Marin dan Oseanografi.
Dan pada 20 dan 21 Disember pulak, aku telah dipilih untuk menyertai First Aid and CPR Course yang diadakan di Lot 77, Kuching. Banyak kenangan dan pengalaman yang diperolehi dari kursus ni.
Biasanya aku selalu tengok orang buat CPR dalam TV jer, tapi sekarang aku dah ada pengalaman sikit untuk buat CPR, walaupun model masa kursus tu hanyalah sebuah patung. Tapi rasanya, fungsi yang ada dalam patung tu macam manusia biasa gak (modified). Gambar atas member aku tengah buat CPR.
Seorang lagi member kursus yang telah menjadi pesakit malang. Kena jadi model first aid. Aku salah seorang yang telah mengikat bandage kat member ni.
Model filem Misi XX RAY terbaru. Sedang menunjukkan aksi candidnya.
0 comments:
Post a Comment