Monday, December 11, 2006

Antara fieldtrip dan sukan staff...

Baru jer lepas tengok filem feberet aku , Gila-Gila Remaja lakonan Faizal Hussein kat Channel 15 tadi. Teringin rasanya nak tengok sekuel filem ni . Tapi ada ker pengarah zaman skang ni yang berani nak buat sekuel filem ala-ala kehidupan remaja ni. Harap-harap, adalah pengarah yang sanggup ambik cabaran aku supaya membuat sekuel filem Gila-Gila Remaja . Rosyam Nor dan Faizal Hussein masih aktif berlakon, termasuk juga si Farouk dan si Kuzie yang masih aktif berlakon. Gandingkan mereka dengan pelakon remaja sekarang… tentu gempakkan. Tapi yang bestnya tentang filem tahun 1984 ni, ialah memori fashion pakaian zaman tu memang masih dalam ingatan otak aku. Tak lupa aku zaman masa tu bebudak remaja suka pakai jaket kulit, kasut Aliph dan seluar ketat. Hehehehhe…
Ok, itu tentang filem feberet aku. Sekarang apa yang aku nak type skang ni tentang Karnival sukan staff tempat aku bekerja. Memandangkan sekarang ni musim pelajar membuat projek tahun akhir mereka dan Sukan Staff kat tempat aku kerja skang ni pun dah bermula. So paham-paham jerlah, aku memang sibuk buat masa ni.

Photobucket - Video and Image Hosting

Bowling sebagai pembuka tirai. Semasa pertandingan bowling antara staff 3 December lepas, team trio aku kalah. Kami dapat no 16 dari 27 team yang bertanding. Tapi ianya tak mematahkan semangat aku untuk terus bermain permainan bowling ni. Ni baru intro jer. Lagi pun dah 9 tahun kan dah tak main dan tetiba jer aku dibawa masuk bertanding.. so, layan jer lah.
Lepas pertandingan bowling ni, aku ngan member ada join pertandingan bolasepak pulak. Baru jer lepas bermula pada hari Jumaat lepas ( 8 Dis. 2006). Lawan kami pulak pada hari tu adalah juara bertahan. Pasukan kami Hoga-Hoga FC kalah tipis 1-0. Itu pun gol di akhir-akhir perlawanan. Sayang sekali…. Sebelum pertandingan bolasepak ini bermula , kami ada membuat friendly match jugak ngan team group yang satu lagi ( ada 2 group mengikut format pertandingan). Kami ada 2 friendly match, dan kedua-duanya kami menang. Tapi bila bertanding plak, semangat melawan tu macam hilang pulak. Harap untuk game yang akan dating, kami akan menang dan seterusnya layak ke separuh akhir....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites