Wednesday, October 10, 2007

Dr. Muszaphar Berlepas Malam Ini.

Melakar satu lagi sejarah -- Sheikh Muszaphar berlepas dengan roket Soyuz pukul 9.21 malam ini.
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor melambai pada sidang akhbar bagi mengumumkan namanya sebagai angkasawan pertama negara di Baikonur, Kazakhstan, semalam.
Sama-sama kita Rakyat Malaysia berdoa agar pelancaran ini berjalan dengan baik dan lancar....
BAIKONUR, Kazakhstan 9 Okt. – Satu sejarah penerokaan angkasa tercipta apabila angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 35, berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak kira-kira 333 kilometer dari muka bumi, malam esok.
Beliau dijadual berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, dekat sini pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).
Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, beberapa jam sebelum pelancaran, beberapa perkara akan dilalui oleh angkasawan negara yang kebanyakannya merupakan 'acara tradisi' setiap angkasawan yang bakal berlepas ke angkasa.
Perkara tersebut, menurutnya, telah diamalkan sejak manusia pertama iaitu Yuri Gagarin berlepas ke angkasa pada tahun 1961.

1 comments:

I'm proud to be Malaysian, hope Dr SMS succeed and return safely

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites