Thursday, October 25, 2007

Trip to Long Danum Ulu Belaga

Terbukak hati hari ni menaip cerita-cerita masa trip ke Long Malim dan Danum di daerah Ulu Belaga yang Jeraul baru jer pergi minggu lepas. Hari raya ke 6,dimasa suasana Hari Raya masih meriah, Jeraul diminta untuk membantu membuat tugasan di kawasan tersebut
Gambar atas, Kem Balak Danum. 18 Okt, 4.30pm, kami bertolak dari airport Kuching ke Bintulu. Sampai di Bintulu lebih kurang pukul 5.15 pm. Cam trip-trip yang lepas gak, kena tunggu driver yang kami sewa tu agak lama. Dalam plan, kami cuma akan bertolak ke Danum, Ulu Belaga pada keesokan harinya. So, pada malam tu kami bermalam di Kemena Inn.Malam takdak aktiviti nak buat, Jeraul cuma dok lam bilik hotel jer.
Gambar Kem Danum dari Banglo Visitor. Bertolak meninggalkan Bintulu untuk ke Danum pada pukul 9.30 pagi. Lambat sikit dari plan asal. Sebab seorang dari geng kami kehilangan beg duit malam tadi. Perjalanan dari Bintulu ke Danum mengambil masa yang agak lama. Kami cuma sampai di sana pada pukul 8.30 malam.
Untuk memasuki kawasan tu bukanlah mudah,kami terpaksa menunggu kebenaran dari Manager kawasan Balak tersebut untuk masuk ke kawasan mereka. Setelah semua dokumen kebenaran dari Head office mereka di Miri, barulah kami dibenarkan untuk masuk ke kawasan mereka. Bukan setakat itu saja, kami juga disediakan sebuah rumah ala banglo yang diperbuat dari kayu untuk penginapan kami selama kami di sini. Better dari duk menumpang rumah panjang Penan seperti 2 trip yang lepas.
Selepas 2 hari berada di Kem Danum, kerja-kerja kami di kwsan tu pun selesai seperti dirancang. Lokasi seterusnya pula ialah Kem Pelutan yang terletak lebih kurang 5 jam perjalanan dari Kem Danum.Kem balak Pelutan merupakan kem balak yang dipunyai oleh syarikat lain dari Kem Danum. Seperti juga prosedur biasa, kebenaran masuk kesitu dilakukan seperti biasa. Kami disediakan sebuah bilik khas untuk kami bermalam selama sehari disini.
Gambar atas, view dari tempat tinggal kami di Kem Pelutan. Kem ni agak kurang sikit aktiviti membalak mereka sebab sudah lama beroperasi. Dan mereka juga lebih kepada penanaman Kelapa Sawit.
Dari sudut pandangan Jeraul selepas trip ni,memang agak ketara sekali ketidakseimbangan ekosistem di kawasan pembalakan. Lebih-lebih lagi kawasan sungai yang airnya dah macam air teh tarik plak.
Agak-agaknya sekitar tahun 1960an dulu sebelum kawasan ini diterokai, mesti panorama indah dapat kita lihat.Sungai2 yang jernih lagi sejuk, flora dan fauna meliar dan waktu pagi pula agaknya seperti berada di awan bila embun menguasai suasana .
Gambar lori balak yang melintas Hilux kami. Kerja-kerja tugasan selesai seperti dirancang pada 22 Okt. Dan kami akan bertolak ke Bintulu pada 23 Okt. dan juga ke Kuching pada hari yang sama. Untuk trip ni, tak banyak sangat pengalaman menarik untuk diceritakan. Kiranya kami dapat bermalam di rumah panjang suku kaum yang ada dikawasan tersebut, mungkin banyak pengalaman menarik dapat Jeraul kongsikan bersama.Baiklah, sampai sini saja dulu... Labuan...I will come to you...

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites