Tuesday, March 25, 2008

Bakal Isteri Ajai

Inilah bakal isteri komposer Ajai. Liza Ilyas namanya. Kini orang kuat bahagian promosi dan pemasaran Maestro Records. Dalam orang sibuk-sibuk bercerita pasal Ajai dan beberapa wanita, sebenarnya wanita inilah yang bertakhta di hati Ajai. Mereka akan kahwin Julai depan.

"Tapi tarikhnya belum pasti lagi... kami dah bersetuju cari tarikh pada bulan Julai depan sebab saya dan Ajai masing-masing banyak komitmen kerja," kata Liza kepada ManggaOnline.
Liza, 35, sedar sejak gambar-gambar Ajai, 33, dan beberapa wanita tersebar di Internet, banyak juga yang bertanyakannya. Kata Liza dia tidak rasa tergugat kerana percayakan Ajai. Malah Liza juga faham bidang kerja Ajai kerana dia sendiri seorang yang bekerja dalam dunia hiburan.

"Dalam urusan kerja Ajai bertemu dengan sesiapa sahaja. Kalau ada peminat yang bergambar dengannya macam itu tak boleh nak elak," kata Liza lagi.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites