Thursday, March 13, 2008

Siapa bakal isi Kabinet 2008-2013?

Kabinet baru seawal Isnin?

PUTRAJAYA 12 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, barisan Kabinet baru akan mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada Rabu depan, membayangkan barisan itu akan diumumkan seawal Isnin minggu depan.

Abdullah memberitahu Bernama semasa bermesyuarat dengan para pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di sini bahawa beliau akan mengadakan perjumpaan dengan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bermula dari pagi esok sebelum memutuskan barisan itu.

Kabinet, katanya, akan mencerminkan konsep perkongsian kuasa BN dan meliputi semua kaum.

Semasa ditanya lebih lanjut mengenai perkara itu, beliau enggan mengulas lanjut dan sambil tersenyum beliau menjawab: “Tunggulah beberapa hari lagi.”

Sejak beberapa hari lepas, ramai yang membuat spekulasi mengenai barisan Kabinet yang baru.

Parti komponen BN difahamkan sedang memperincikan butirannya sebelum menyerahkan senarai mereka kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.

Ramai didapati turut membuat spekulasi siapakah menteri yang akan dikekalkan oleh Abdullah kerana Perdana Menteri sebelum ini menyatakan tidak semua menteri yang menang dalam pilihan raya umum Sabtu lepas akan dilantik semula.

Tetapi berdasarkan sejumlah menteri dan timbalan menteri yang tewas dalam pilihan raya itu, Perdana Menteri perlu memilih mereka yang menang dalam pilihan raya itu kerana calon berkenaan telah membuktikan yang mereka diterima rakyat.

BN memenangi 140 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah dalam Parlimen, manakala pembangkang memperoleh 82 kerusi.

Walaupun Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting secara terbuka telah menyatakan yang beliau menolak jawatan Kabinet, keputusan muktamad masih di tangan Abdullah.

MCA memenangi 15 kerusi Parlimen daripada 40 yang ditandingi, manakala Gerakan hanya berjaya menawan dua daripada 12 kerusi. MIC memenangi tiga kerusi Parlimen.

Juga wujud desas-desus bahawa parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak mungkin akan meminta lebih banyak perwakilan dalam Kabinet, setelah masing-masing memenangi 24 daripada 25 kerusi dan 30 daripada 31 kerusi yang ditandingi.

Abdullah sebelum ini berkata, beliau tidak pernah berjanji kepada sesiapa dan bahawa beliau ‘bebas’ untuk memilih selepas pilihan raya.
– Bernama

Jeraul said :Inilah saat yg Jeraul paling tertunggu-tunggu sekali.. Khairy Jamaludin nak pegang jawatan apa? Lepas tu sapa plak yang akan ganti Shahrizat, Samy Vellu dan Zainuddin Maidin....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites