Monday, March 24, 2008

Ulasan Konsert Minggu Pertama Akademi Fantasia 6

Persembahan konsert pertama sudah selesai... berikut adalah pandangan Jeraul tentang Persembahan yang telah dilaksanakan oleh para pelajar Akademi Fantasia 6 ini.

Rina - 5/10
Aunty Rina, aku bagi setengah jer dari 10 bintang. Persembahan yang biasa sahaja. Lagu tu catchy, tapi mungkin faktor usia menyebabkan ianya tak dapat menjadi persembahan yang diharapkan. Pengalaman menyanyi di kelab malam banyak membantu dia.

Alif - 4/10
Terlalu nervous... nampak sangat dari raut wajah dia... Suara Alif agak baik. Suara agak oklah... tone pun sedap...

Lufya - 3/10
Confident level Lufya di pentas memang bagus. Berani untuk bergerak dan menggunakan pentas. Tone vokal yang baik tetapi tidak dapat melontarkannya dengan sempurna...

Naim : 1/10
Tak dapek den nak menolong.... Tak berapa best. Mungkin first time masuk siaran langsung kot budak ni.

Ika - 1/10
Ingatkan budak ni yang akan terkeluar malam ni..... Masa memula dia nyanyi aku dah rasa memang biasa-biasa jer.... lepas tu aku kuar rumah gi merokok sampai dia ni habis nyanyi

Toi - 5/10
Kelebihan Toi ialah kelincahannya di atas pentas... bertenaga. Salah satu kelebihan buat diri Toi. Suara pun ok gak.... Harap minggu depan dapat lagu mencabar... baru dapat komen lebih sikit.

Nadia - 8/10
Menghiburkan.... feberet untuk ke final budak ni... Harap dia dapat kekalkan prestasi dia pada malam tu hingga ke final. Myda lagi dak ni yer... Suara memang best.

Riz - 8/10
Satu persembahan yang cukup bagus dari Riz. Beliau antara pelajar lelaki terbaik di Akademi Fantasia kerana vokalnya agak sedap didengar. Pengalaman nya banyak membantu dia di pentas... tapi kena jaga attitude tu...

Yana - 1/10
Pelajar pertama tersingkir untuk musim ke 6 ni. Cam Diya musim lalu... Biasa-biasa jer...

Nubhan - 6/10
Nubhan juga antara pelajar lelaki yang punya vokal yang sedap didengar. Memang best nyanyian dia... tapi aku taknak bagi bintang lebih sebab takut minggu depan dia slack... Harap minggu depan dia dapat lagu yang mencabar... baru dapat komen lebih sikit.

Stacy - 8/10
Salah seorang peserta yang berpengalaman dalam seni suara bagi AF musim ke 6 ni. Sekali lagi pengalaman memainkan peranan. Nyanyian dan tarian memang menghiburkan....

Faisal : 2/10
Cukup mengecewakan... sebelum bermulanya konsert pertama... ramai yang menganggap budak ni antara calon juara... tapi dari segi persembahan di malam konsert... memang mengecewakan.

Saida - 7/10
Agak pemalu gak kakak penyanyi tersohor tanahair ni. Vokal dia baik dan kalau dia menggunakannya dengan sempurna pasti hebat. Ada sedikit tone Siti Nurhaliza...opsss sori... Datuk.

Stanly - 9/10
Hebat... memang hebat. Patut pun Ramli MS banyak kali memuji vokal yang ada pada budak ni. Satu lagu yang cukup mencabar dan baik telah berjaya dilakukan dengan jayanya oleh Stanly.

Persembahan Keseluruhan semua pelajar bolehlah dianggap memuaskan walaupun pada konsert pertama. Mungkin kerana kebanyakan pelajar mempunyai pengalaman yang cukup dalam bidang nyanyian. Persembahan top 5 piliahan Jeraul ialah ;
1.) Stanly
2.) Stacy
3.) Nadia
4.) Riz
5.) Saida

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites