Tuesday, March 25, 2008

Wajah Jadi Hodoh Lepas Buat Rawatan

Wajah eksekutif bank bertukar hodoh lepas rawatan

Oleh TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 24 Mac – Seorang eksekutif pemasaran bank wanita tidak menyangka impiannya untuk mempunyai rupa paras yang menawan melalui rawatan kecantikan bertukar menjadi mimpi ngeri yang menghantuinya seumur hidup.

Mangsa, Chey Pik Yock, 25, kini hanya mampu mengenangkan nasib malangnya kerana memiliki wajah hodoh yang dipenuhi parut dan jerawat besar ekoran rawatan itu.

Segala-galanya berpunca daripada keinginan untuk menghilangkan jerawat yang tumbuh pada muka yang mendorong mangsa mendapatkan rawatan di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara dekat sini pada 23 November 2007.

Menurut Pik Yock, selepas menemui pakar pusat kecantikan tersebut, beliau dinasihati supaya menjalani rawatan sebanyak lapan kali dengan tawaran kos RM1,499.

“Saya setuju ambil pakej rawatan itu kerana yakin jerawat pada muka saya mampu dipulihkan. Saya tambah tertarik kerana bayaran untuk pakej rawatan itu boleh dibuat dua kali,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan pertama, Pik Yock mendapati pipi dan dahinya bengkak termasuk mengalami kesan terbakar pada seluruh muka.

“Pakar yang merawat saya mendakwa ia adalah simptom biasa. Dia juga beritahu, saya perlu sabar,” jelasnya.

Menurut Pik Yock, pusat kecantikan berkenaan turut memujuk beliau supaya meneruskan rawatan dengan menyarankannya membeli beberapa produk untuk menyembuhkan semula keadaan mukanya.

Beliau termakan pujukan itu dan membeli beberapa produk berharga RM360. Namun, keadaan tidak berubah.

Pada Januari lalu, Pik Yock meneruskan rawatan muka sebanyak dua kali tetapi rupanya menjadi semakin serius.

“Menjelang Februari, perasaan bimbang mendorong saya berjumpa dengan doktor. Laporan perubatan doktor itu mengesahkan muka saya dijangkiti ‘alergi akut’.

“Saya kemudian membuat aduan kepada pusat kecantikan itu dan meminta mereka pulangkan bayaran termasuk membayar ganti rugi, namun permintaan itu tidak diendahkan,” katanya yang tidak percaya lagi kepada rawatan kecantikan dan mengalami fobia untuk menggunakan sebarang produk kecantikan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jeraul said :kalau tak silap last year pun ada kes macam ni.. tapi yang tu sebab pakai satu product kecantikan... orang yang jual tu pun tak nak bertanggungjawab - dan yang beli product tu terpaksa buat surgery kena sampair rm6000.. tapi muka still hitam dan lebam..

kadang-kadang tu saya tak faham dengan manusia yg susah nak bersyukur dengan apa yang ada. Kalau setakat jerawat tu... jagalah pemakanan, tak yah nak gi buat rawatan ribu ribu ringgit.
Tak kira bangsa dan agama - untuk jaga kebersihan muka dan hygiene ke - tak perlulah keluar duit sampai ratusan ringgit. Hopefully ni semua sebagai pengajaran bagi kita supaya bersyukur dengan apa yang ada dan ada hikmahnya mengapa kita dijadikan sedemikan oleh Allah swt... Tak perlu lah kita nak ubah kejadian yang Allah telah jadikan. Semoga ini satu iktibar pada kita semua.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites