Malam tadi dok boring-boring lepak kat umah, ada member bagi aku DVD cerita Ninja. best gila babeng cerita ni. Tapi amat tak sesuai untuk budak-budak tengok akan aksi keganasan dalam filem ni. Dari mula sampai habis cerita memang tak henti-henti action pack. Filem selama 90 minit ni adalah arahan Isaac Florentine..Antara pelakonnya ialah Scott Adkins & Tsuyoshi Ihara.Kalau nak tau gak jalan cerita leh click read more dibawah... kalau tak nak spoiler...tak yah tekan...Kisah ini mengenai seorang pemuda Inggeris (Casey) yang menuntut ilmu Ninjitsu di Jepun. Actually, parents dia dulu memang tinggal di sana, tapi selepas kematian ayahnya yang seorang kaki botol, ibunya telah tinggal dia di sana dan dijaga oleh Sensei yang juga mempunyai seorang anak gadis sebayanya.. Casey ni antara pelajar...