Tengah orang lain sibuk berziarah sempena Hari Gawai, Aku , Edy ngan Mul pulak buat program gi memancing kat Sg. Batu Kawa (Sg. Sarawak Kiri). Kira cam tak terplan lah sebenarnya program nak mancing ni. Tetiba jer rasa nak pancing, member pun mengiakannya jer. So, apalagi....
Tengah hari semalam pada mulanya memang cantik, panas jer... Memang cun gila lah bila nak buat aktiviti memancing ni. Yang nak di pancing pun, bukannya ikan. Just nak pancing udang jer. Dan buat pengetahuan gak, Sg. Sarawak sememangnya kaya dengan udang galah.
Dah beli umpan ngan dah standby barang semua, baru kami pergi ke Kpg. Sinar Budi Lama, sebelum Jambatan Batu Kawa tu. Kat situlah rumah lama si Mul ni duduk dulu. Dan kat situ gak, bertenggeknya perahu Mul yang dah lama tak pakai, tapi masih utuh.
Sejam memancing, tetiba jer hari yang cantik pada mulanya menjadi hujan lebat. Memang siot tol lah.... Rosak plan nak mancing lama sikit. Kalau setakat hujan jer, kami tak kisah sangat, ni siap ngan guruh dan kilat sekali... naik berdiri bulu roma wa cakap lu... ditambah lagi ngan kedinginan angin malam.... sejok wooo. Last-last mengalah jugak kami. Walau hanya memancing selama lebih kurang 2 jam jer, namun rezeki yang kami dapat pun alhamdulillah. Aku dapat 3 ekor udang galah dan 2 ekor anak ikan .. Member lain pun dapat gak. Kira berbaloi gak lah. Udang yang kecik tu, aku masak ngan maggi malam tadi... Udang galah yang besar plak, aku masak lemak tempoyak....slurrrrppppp..
0 comments:
Post a Comment