Salam semua, Jeraul baru jer balik dari Tasik Biru, Bau tadi. Ada keja sikit kat sana. Nak buat threads pasal Tasik Biru ni pun bukannya aper. Cuma sedikit terkilan, kenapa Tasik Biru yang cantik dan indah ni kurang mendapat sambutan dari orang tempatan, dan apalagi orang luar. Tidak seperti tasik-tasik besar sekitar Kuching dan Samarahan seperti Tasik Serian, Tasik Unimas, Tasik Masja dan Tasik Pustaka Negeri yang sentiasa meriah.
Tasik Biru, Bau ni kalau tak salah Jeraul , ianya merupakan salah satu daripada tarikan sejarah negeri Sarawak. Asalnya tasik ini adalah dari bekas lombong emas yang telah ditutup operasinya. Tasik Biru dibuka kepada orang awam pada 21 April 2001, lebih 15 tahun yang lalu. Kalau diperhatikan secara amnya, Tasik Biru ini juga seperti tasik-tasik lain yang mampu menggamit para pelancong untuk singgah melihat pemandangan yang ada di sini. Tapi entah apa silapnya, Tasik Biru yang dibanggakan oleh penduduk Pekan Bau ini seperti hidup segan, mati tak mau. Restoran yang dulunya beroperasi sampai 5-6 buah di sini juga semuanya tutup. Mungkin pemiliknya tidak mampu untuk meneruskan perniagaan disebabkan kurangnya pengunjung ke sini.
Cadangan Jeraul untuk pihak berkenaan, usahakan sedikit mengadakan pelbagai aktiviti seperti kayak, sukan air, rakit, treasure hunt, lumba bot kecil dan sebagainya yang sesuai untuk diadakan di Tasik ini agar Tasik biru yang bayak potensi ini tidak semakin sepi dan menyepi........ pilihanraya kan dah habis, apalagi mintalah bajet banyak sikit......
Tuesday, April 29, 2008
Tasik Biru Mengapa Menyepi????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment