Monday, August 07, 2006

Battle Of The Band , UNIMAS 2006.

Malam 5 Ogos 2006 lepas aku ngan member-member ada join Battle Of The Band, sempena KONVO UNIMAS. Hehhehehe... dahlah prepared untuk lagu yang dibawa pun tah hapa2...hentam sajalah labu. Tapi pada malam pertandingan ni, aku nampak ramai band-band yang memang terkenal di area Kuching ni yang masuk. Sebanyak 25 band kesemuanya.... itu pun setelah banyak band ditolak permohonan untuk join... terlalu ramai ..tu sebab kena tolak tu. First come , first serve.
Aku ngan rakan join pertandingan ni , bukan nak merebut hadiah pun.. cuma kami hanya nak improvekan lagi performance kami bila berada di atas pentas. Lagipula memang hebat band-band yang ada pada malam tu.. rata-rata semuanya yang memang dah selalu join Battle Of The Band di sekitar Kuching ni. Kalau nak banding band aku ngan band yang menang pada malam tu pun...hehehhehe.... jauh sangat. Apa yang aku dapat cakap pada masa ni ialah... dia orang memang hebat.

Juara Battle Of The Band, Unimas tahun ni di sandang oleh band STAR, kedua pula ialah band CERMIN dan tempat ketiga... aku tak pasti, sebab tak dengar nama masa MC sebut nama band tu. Band STAR misalnya, memang dah terkenalpun, bukan sahaja di Kuching , malah di Sarawak. Walaupun diaorang ni boleh dikategori veteran...tapi rock memang rock...siap banging lagi. Memang hebat persembahan diaorang. Walaupun tiada second guitarist. Band CERMIN pulak... diaorang ni walaupun masih muda... namun pengalaman band ni banyak. Dah banyak juga diaorang Join Battle Of The Band. Terbaru yang pastinya, diaorang ni ada juga bertanding dalam Rentak Juara 2006 (RTM). namun terkeluar di pusingan pertama. Group tempat ketiga pula , kalau ikut cakap adik aku... diaorang ni kira macam dah familiarlah dengan setiap Battle Of The Band yang dianjurkan di area Kuching ni.
Bermula dari pertandingan ni lah, group kami akan bermula kembali aktif dalam muzik. Lama dah tak bermain muzik. Tunggu sajalah kemunculan kami di Battle Of The band akan datang...tak kira dimanapun ..janji area Kuching... Kami akan muncul...hehehhehehe...


Good Luck to me..... chow .... cincau...

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites