Hari Jumaat lepas aku ada mengikuti fieldtrip PKPG tahun 2006 yang diadakan di Pantai Pandan, Lundu. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, yang diadakan di Pantai Sematan. Fieldtrip ini diadakan pada 28/7/2007 hingga 31/7/2006. Fieldtrip kami kali ini terdiri daripada 3 orang pensyarah, 2 orang Tutor , 5 orang Pem. Makmal (Jabatan Sains Sumber Akuatik FSTS), dan 19 orang pelajar PKPG (Cikgu) .
Kerja-kerja yang kami akan lakukan di Kawasan Lundu ini ialah terdiri daripada Water Quality Analysis, Phytoplankton, Zoobenthos dan Persampelan Ikan. Seperti biasa aku dan rakan akan memastikan setiap equipment untuk ke empat-empat persampelan ini di bawa dan dalam keadaan baik. Tarikh yang kami ambil untuk membuat persampelan ini memang baik, kerana cuaca sangat bagus. Cuma bagi persampelan ikan sahaja tak berapa cantik sebab, air terlalu jernih. Kalau aktiviti persampelan ikan di jalankan di waktu malam , mungkin kami akan dapat hasil yang lebih baik. Namun , keselamatan pelajar lebih utama dan jika di buat persampelan pada waktu malam, sesuatu keadaan itu susah nak dijangka. exspecially cuaca dan keadaan air yang ada di kawasan station.
Bagi lokasi Water Quality dan Phytoplankton, kami memilih kawasan Sungai Blungei dan laut lepas untuk dijadikan Station Kajian. Zoobenthos pula dilakukan di kawasan Sand Beach dan Rocky Beach di area Pantai Pandan. Untuk persampelan ikan , kami memilih station di Tanjung Batu, Blungei dan kawasan sekitarnya. Yang ni adalah kawasan yang sempat aku ambil GPS untuk station kajian Water Quality dan Phytoplankton .
Station 1 : N 01º 46.435` E 109º 50.444`
Station 2 : N 01º 46.442` E 109º 50.597`
Paling best dalam Fieldtrip PKPG tahun ni ialah aku dapat join persampelan ikan...memancing. Memancing adalah salah satu hobi aku selain bermain muzik. Banyak juga ikan yang aku dapat masa memancing kali ni. Cuma sayang, ikan yang aku dapat kali ni walaupun banyak, namun hanya bersaiz kecil. Kalau nak tahu, ikan yang aku dapat adalah dari spesies yang sama ... Ikan Kunyit. Adalah dalam berbelas ekor aku dapat ikan ni. Member sebelah asyik angkat ikan kerapu jer... geram jugak tengok ikan kerapu yang telah ditewaskan. Yang paling penting, ikan kerapu juga menjanjikan pertarungan sengit. HEhehehehe....
0 comments:
Post a Comment