Thursday, November 30, 2006

Karnival Sukan Staff.

Photobucket - Video and Image Hosting

Tak lama lagi akan bermula Karnival Sukan Staff kat tempat kerja aku. Football, Kayak, Bowling, Ping Pong, Badminton dan banyak lagilah. Kalau boleh aku nak join semua games. Semalam aku ada turun trening 2 games. Petang berkayak ngan malam pula aku gi trening Bowling. Kami trening berkayak di Tasik Besar UNIMAS dan main bowling pula di Superbowl BDC. Gambar kat bawah ni gambar member aku lepas trening kayaking.....

Photobucket - Video and Image Hosting

Berkayak semalam aku ada mintak tunjuk ajar kawan sekerja aku. Dia ni memang terrer bab-bab berkayak ni. Kalau kayak jenis Ocean aku memang dah terrer. Tapi yang aku nak belajar sampai mahir skang ni ialah kayak jenis Explorer. Orang yang dah biasa mendayung sampan pun kalau tak biasa ngan Explorer, gerenti berpusing-pusing. Lama gak aku kat tengah tasik tu belajar teknik2. Skang kira cam cukup makanlah skill yang aku ada. heheheheh.... Hari Jumaat ni aku nang trening solo plak. Lagi gambo member aku kat bawah ni. Gambo aku tadak sapa nak ambik. Kualiti gambar tak berapa bagus sebab aku pakai Camera handphone.

Photobucket - Video and Image Hosting

Bowling........ Dah lama aku tak main bowling. Habis jer sekolah menengah tahun 1997, memang langsung tak pernah lagi main bowling hinggalah malam tadi. Tapi skill masih ada lagilah. Dalam game pertama dapat gak aku Strike 4 kali. Kira oklah bagi orang yang dah lebih 9 tahun tak bermain bowling. Kami sepasukan bermain sebanyak 3 game seorang. Game kedua ngan ketiga aku down. Point makin kurang. Tak taulah kenapa, maybe tangan dah penat kot. Lagi pun baru jer lepas trening berkayak petang tadi. Gambo kat bawah ni gambo aksi seorang hero tengah buat strike games.... hehehehhe.

Photobucket - Video and Image Hosting
Petang ni team football aku akan ada friendly match. Harap dapat menang lagi.....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites