Monday, August 20, 2007

Manchester United Juara CYC 2007

Belia-belia Manchester United melakarkan kemenangan bagi menggondol kejuaraan CYC yang pertama kali diadakan. Mereka menewaskan pasukan belia Juventus dengan jaringan 1-0.
Dalam babak pertama kejuaraan Bawah 19 tahun itu, skuad dari England kendalian Andrew Welsh gagal meraih gol pendahuluan walau pun memiliki dua peluang keemasan masing-masing menerusi percubaan dilakukan Michael Barnes dan Febian Brandy.
Pada separuh masa kedua kedua-dua pasukan berbalas serangan untuk mendapatkan gol tetapi United mencipta gol kemenangan minit ke-50 apabila hantaran silang Barnes dikuis Daniel Drinkwater kepada Brandy yang tidak mensia-siakan peluang lalu merembat kencang ke penjuru kanan gawang Juventus.

Tersentak dengan jaringan itu, lawan dari Itali itu menggandakan asakan, namun pertahanan United kemas mempertahankan benteng mematahkan semua serangan sehingga ke wisel penamat. Tempat ke 3 dimenangi oleh pasukan dari Brazil, Flamengo yang menewaskan AC Milan.

Berlainan pula nasib pada skuad Senior Manchester United malam tadi. Mereka tewas 0-1 kepada kelab jiran Manchester City. Apa nak jadi daaa....ini merupakan penampilan pembukaan terburuk bagi Man U. Dengan ketiadaan Christiano Ronaldo dan Rooney, nampak jentera serangan U serba tak menjadi, disamping ketumpulan serangan dari pemain baru, Tevez.

1 comments:

mesti seih hati kawan sy..dier minat sgt man utd w/pun dier tu pompuan..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites