Tuesday, August 14, 2007

Memancing di area Pantai Pandan.

Klik HERE for more pics in this trip.
Hujung minggu lepas aku ada keja dan kena travelling ke Pantai Pandan, Lundu. Bertolak dari Kuching pukul 2.30 petang Jumaat dan sampai kat Pantai Pandan pukul 4.40 petang dengan menggunakan bas.

Hari Sabtu, kena buat keja kat area pantai berpasir dan kawasan berbatu...so kena berpanas sikitlah. Dah tengah hari sikit baru gi keja kat kawasan sungai plak, area Sg. Blungei. Dan hari yang ditunggu... Hari Ahad...aktiviti memancing. Peberet aku tuh.
Rilek kat belakang bot sambil layan air kopi. Kami gunakan 2 buah bot untuk aktiviti memancing ni. Dan aktiviti memasang pukat pulak, pun akan guna 2 buat bot dan berlainan lokasi. Lokasi untuk memancing adalah di sekitar area Batu Mandi dan Tanjung Pelanduk.
Yang ni bot kawan aku.. kami adakan permainan, sapa lagi terer memancing. Bot aku kat sebelah tu jer. Boleh tahan gak ikan dorang dapat.
Ikan kerapu bunga. Ikan jenis ni kedua terbanyak yang aku dapat selain ikan Kunyit. Best woo dia punya lawan. Puas hati aku tarik...
Ikan Kunyit.. Ikan ni paling banyak kami dapat untuk kedua-dua buah bot. Ikan ni kalau masa makan memang akan datang bergroup. Ada gak aku dapat ikan ni, mata dia tersangkut kat mata kail aku.
Ikan ni ... aku tak tau nama dia...tapi banyak juga aku dapat . Kesianlah tengok hang...

Cantiknya kawasan ni... hilang tensen aku berpanas. Sempat singgah kat situ untuk melepas...
Pantai Pandan tempat kami mendarat untuk balik ke rumah penginapan. Melambai-lambai pokok nyiur memangggil kami pulang.

Sebahagian ikan yang aku dapat dalam trip memancing ni. Ni baru 2 jam jer...belum sehari semalam lagi. Tempat idaman akunak pi mancing lain kali ialah...sekitar Pulau Talang-talang.
Ni lah yang terjadi kat ikan-ikan tu pada sebelah malamnya. Aku ni part memancing jer kuat. Part makan ada kureng sikit.

Gambo hero...sambil beraksi dengan Ikan Tudung Periuk aka Telinga Gajah. Muka kena sunburn lepas berpanas...nasib sampai tengahari jer...kalau sampai petang ?

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites