Monday, August 27, 2007

Journey to Long Murum

21 Ogos, hari Selasa lepas, aku bertolak dari Kuching ke Bintulu menggunakan flight. Ada kerja sikit kat Long Murum. Aku punya flight berlepas pukul 7.30, dan sampai dalam pukul 8.10 minit. Sampai jer kat Bintulu, , kena tunggu lagi around 15 minutes, sebab driver yang sepatutnya ambil kami di airport Bintulu datang lambat.
8.30 pagi, driver yang akan membawa kami ke Long Murum pun datang menjemput. Nama dia George, berbangsa Kayan. Ramah jugak dia ni, kira cam sekepalalah. Ok, tempat pertama kami sebelum ke Long Murum, ialah mencari tempat bekpes. Kami bekpes di Farley Foodcourt. Senang sikit kalau makan kat situ sambil shopping barang yang perlu dibawa ke hutan.

Perjalanan kami diteruskan melalui jalan ke Bakun Hidro. Dari Simpang Bakun agak-agak 2 jam baru sampai ke simpang Aloi. Singgah sebentar di Canteen Aloi, untuk makan tengah hari.. nasib ada satu kedai makanan Melayu kat situ. Lepas makan , kami meneruskan perjalanan untuk ke Long Singu (kawasan Penan). Dalam perjalanan ke Long Singu, hujan turun mencurah-curah melicinkan jalan balak yang kami gunakan. Dahlah lori balak kat situ jalan macam takdak brek.. naya ooo.. melalui jalan ni, baru aku sedar.. ditengah-tengah hutan tebal ini aktiviti membalak rancak berlangsung. Ada satu ketika aku rasa seperti berada di gurun... habis botak.

3.40 petang, sampai di Long Singu. Hilux kami tak dapat turun bawah gunung, sebab licin. Rumah panjang Long Singu yang bakal kami bermalam satu hari tu pulak berada di bawah gunung(aku tak tau nama gunung tu). Gambar atas, kami sedang memikir cara nak turun kebawah.. jalan licin beb.
Kami teruskan perjalanan dengan berjalan kaki dalam lebih kurang 1 kilometer untuk ke rumah panjang tersebut. Hilux ditinggalkan di atas gunung. Sebenarnya kalau nak turun pun boleh. Cuma kalau hujan pada malam harinya, jalan akan menjadi semakin teruk dan kami pula akan duduk lebih lama kat situ.
Sebelum sampai kat Rumah panjang Long Singu ni, kami dijemput oleh Patung yang sedang memegang parang. Memula tu, seram sejuk gak bulu roma den ni. Tapi mengenangkan member lain yang dah lebih 4 hari bermalam disitu sebelum ni (diaorang datang awal sebelum kami), kami teruskan jugak.
Kat rumah panjang Long Singu ni, kalau korang nak pegi kena pahamlah adat resam orang Penan. Jangan buat tak tentu kat tempat orang. Diorang ni pun sebenarnya friendly dan suka bila ada orang luar datang melawat.
Nak cari jamban aka toilet kat sini, korang jangan harap dapat jumpa. Nak berak gi bawah or masuk hutan untuk melepas.
Satu lagi pasal penduduk di sini, bebudak Penan dalam lingkungan 12-15 tahun dah kahwin dan dah ada anak. Dorang kawin awal. Kalau yang dah berumur 20 tahun keatas tu, dia orang kira dah terlalu tua untuk kahwin. Kawan aku ada gak tanya Ketua Rumah kat situ, berapa orang anak dia. Ketua Rumah pun bagitaulah yang dia ada 4 orang anak dara. Sekali tunjuk... bebudak umur 7-8 tahun daaaa...hahahahha.
Keesokan harinya, 22 Ogos, kami mula bertolak ke Murum 2 (Kem Balak). Sempat ambil gambar grouping untuk kenang-kenangan di Long Singu. Jalan pulak masa tu licin dan becak. Payah sikit untuk Keta 4 wheel kami yang group satu lagi ni untuk naik ke atas gunung.
Camel Trophy... jalan becak dan licin. Kalau tayar tak sesuai, memang gostanlah jawabnya. Kalau gostan jer takper, kalau siap konar baring kan naya.. Driver kami memang expert kat area ni. So takda masalah bagi dia untuk naik.
Seawal pagi lagi walau pun hari hujan, lori-lori balak ni tetap jalan. Kalau orang luar tak biasa menggunakan jalan balak, rasanya takyahlah memandai nak guna jalan tu. Jalan balak ada law dia sendiri bukan cam jalan raya kat bandar. Silap hari bulan kena lanyak ngan lori balak yang tak reti-reti tekan brek tu.
Di salah satu buah gunung yang terdapat di sekitar kawasan yang kami jelajah tu, kat sinilah satu-satunya tempat yang boleh dihubungi melalui talian telefon. Semua ambil kesempatan telefon family, almaklumlah dah seminggu tak berjumpa.
Wong Batu... dalam bahasa lain Wong bermaksud Jeram. Jeram kat sini memang dasyat. Setiap kali lepas hujan turun, anda dapat lihat kederasan dan ketinggian air menghempas batu di sini. Kawasan ni kami jadikan port untuk berkelah tempohhari. Hari kedua pergi, dah tak dapat lepak kat situ lagi.
Sebab kawasan memula picnic tu dah di telenggami air. Air punyalah laju. Driver kami ada cuba berkayuh perahu kat bawah jeram ni.. teruk dorang berpusing-pusing kena arus air yang lintang pukang tu.
24 Ogos,pulang dari kerja aku kena demam selsema dan badan rasa panas sejuk. Tak pasti apa puncanya. 3 yang lain juga termasuk drebar kena demam ni. Dah lah pulak terpaksa bermalam kat kawasan hutan tebal yang sejuk.
25 Ogos, kami bertolak pula dari Murum 2 ke Bakun Hidro. Ada member teringin nak pergi sana. Kali terakhir aku pergi kat Bakun Hidro ni ialah pada tahun 2005 dulu.
Masih dalam proses pembikinan. Pekerja yang bekerja kat situ, rata-rata pekerja dari China dan Bangla. Ada nampak cam muka Lin Dan or Bao Chun Lai naik lori pekerja ..heheheh

Selepas meninggalkan Bakun Hidro, kami singgah pulak kat area Sg. ASAP.. perkampungan penduduk yang berasal dari sekitar Bakun Hidro. Kami singgah di Uma Bawang (Kayan), rumah panjang driver kami.
Adalah sikit gambar yang diambil. Masa tu demam aku masih kuat lagi. Kepala pening bukan main, rasa cam kena hentak. Jadi kurang lah sikit koleksi gambar aku untuk trip kali ni. Pertama kali aku off form lam fieldtrip. Selalunya semua berjalan ngan jayanya.

Nevermind, bulan September sebelum puasa nanti, aku akan pergi lagi kat area yang sama cuma bezanya kami akan ke hulu lagi. Lepas meninggalkan Uma Bawang, kami terus pecut ke Bintulu untuk bermalam di hotel, kerana keesokan harinya kami akan menaiki flight dalam pukul 9 pagi.
Long Murum..kita berjumpa lagi di bulan September..

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites