Monday, July 14, 2008

Al- Fatihah buat Arwah Pak Taha


Assalamualaikum buat pembaca blogs,

Mohon dapat sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pakcik Taha b. Hj Junaidi yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang Khamis 10 Julai 2008.

Allahyarham merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra... Saya sendiri berasa selesa bila berlawak dan berbual dengan arwah walaupun baru pertama kali bertemu dahulu. Arwah juga yang selalu membawa tiket VVIP untuk saya dan menantunya sama-sama ke Stadium Sarawak menonton perlawanan bolasepak yang membabitkan pasukan Sarawak. Allahyarham peminat setia Pasukan Sarawak (Bujang Senang). Kalah menang belakang kira... janji turun ke stadium menonton Pasukan Sarawak bermain.

Proton Iswara di atas merupakan kereta Allahyarham yang biasa kami tumpang untuk ke stadium. Kemalangan ini (gambar) yang telah meragut nyawa Allahyarham Pak Taha. Ajal Maut di tangan Allah S.W.T.
Punca kejadian yang saya dapat dari ahli keluarga terdekat, menantunya... ialah sebuah kereta CRV telah terbang dari jalan sebelah selepas melanggar divider...lost control akibat jalan licin lalu terus melanggar kereta mangsa. Kejadian berlaku di Jalan Batu Kawa Kuching. Takziah buat ahli keluarga Pak Taha. Moga rohnya dicucuri Rahmat.

Jeraul : Malam sebelum kejadian saya , Iss (menantu Allahyarham) dan Allahyarham Pak Taha menyaksikan perlawanan Piala Malaysia Sarawak menentang Selangor. Malam itu juga malam terakhir kami berjumpa sebelum Allahyarham meninggalkan kami semua.... Tidak kesampaian hajat ingin menonton bersama perlawanan Sarawak menentang Melaka..(Sarawak menang 4-1)
Al - Fatihah......

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites