Source : Kereta Info
Inikah wajah Proton SAGA NGV yang akan dikeluarkan?
Kenaikan harga minyak telah mendorong rakyat Malaysia berlumba-lumba mencari tenaga alternatif lain bagi menggantikan penggunaan minyak petrol. Semakin banyak syarikat pengeluar kereta berlumba-lumba menghasilkan teknologi Hybrid bagi mengekalkan daya saing mereka dalam kenaikan harga minyak dunia. Proton juga turut serta dengan
mengeluarkan kereta yang disertakan dengan kelengkapan NGV pada hujung tahun ini bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kereta keluaran Proton akan datang siap dipasang enjin NGV selain turut berupaya menggunakan petrol bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahu menjimatkan wang akibat peningkatan harga petrol, baru-baru ini.
Antara model yang akan diubah suai bagi pemasangan kit NGV ialah Saga,Waja dan Persona. Faktor reka bentuk diambil kira bagi memastikan keselesaan pengguna dan kesesuaian kenderaan itu. Model Saga dan Waja yang dilengkapi kit NGV itu mungkin boleh digunakan sebagai teksi manakala Persona untuk pasaran umum. Bagaimanapun kita semua berharap agar Proton dapat memasang kelengkapan NGV pada semua model terbaru Proton agar lebih banyak pilihan kepada pengguna.
Semua pemasangan kelengkapan NGV itu akan dilakukan di kilang Proton yang menjadikan kosnya lebih murah berbanding kos sekiranya pengguna memasang kelengkapan itu sendiri.Pengguna juga tidak perlu risau apabila menggunakan kereta yang dilengkapi NGV berikutan pemasangan di kilangnya nanti akan mengikut piawaian keselamatan yang dapat memberikan lebih keyakinan kepada pengguna.
0 comments:
Post a Comment