Friday, February 06, 2009

Coldplay datang ke Malaysia???


Kepada semua peminat band Coldplay di Malaysia, jangan lupa datang di Polo Valvillion, Bukit Kiara padaq March nanti...

Festival muzik antarabangsa Sunburst KL akan menjelma. Kali ini Sunburst KL 2009 akan menggegarkan lokasi yang sama, Polo Pavillion, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada 21 Mac depan.

Penganjur akan membawa lebih banyak penyanyi serta pemuzik antarabangsa yang berwibawa seperti Coldplay iaitu band muzik rock British yang cukup berpengaruh dengan lagu hits mereka seperti Yellow, The Scientist, Clocks, Speed of Sound, Fix You dan Viva La Vida.

Menurut sumber, idea untuk menjemput Coldplay beraksi di Malaysia masih berada di tahap perbincangan, namun kebarangkalian mereka membuat persembahan disini adalah sangat besar.

Bagi anda yang enggan ketinggalan menyaksikan Sunburts KL 2009 Mac nanti, jadilah orang pertama yang membeli tiket Early Bird Promotion dengan potongan harga sebanyak 30 peratus (RM143 sahaja). Tawaran ini terbuka sehingga 8 Februari ini.

Tiket pra-jualan pula dijual pada harga RM203, manakala tiket yang dijual pada hari konsert berharga RM253. Tiket boleh ditempah di Axcess Tickets menerusi talian: 03-7711 5000
Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

4 comments:

encik, confirmkan betul2 dulu baru post. org tgh marah ni http://junkonline.net/articles/1125-Sunburst-KL-Music-Festival-2009-THE-LINEUP

x yah tipu ar.
manada dtg

ye je kau ni hantujeraul...yang konfem tuk international act cuma N.E.R.D. je ke?kita tgk chemical brothers je la...

pandai2 je. betul ke cofirm coldplay datang? mana awak tau? kat sunburst punya site pun kata "to be confirmed"

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites