Wednesday, February 10, 2010

Barisan Tenaga Pengajar AF8


Sumber Mstar

Antara barisan tenaga pengajar AF8. Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU.

SEGALA teka-teki tentang Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) akhirnya terjawab.

Pengetua baru AF8 kini disandang oleh Norman Abdul Halim (KRU). Tentu pihak Astro lebih arif kenapa memilih Norman.

Nama Norman diumumkan di sebuah sidang media majlis pengumuman rasmi pengacara, tenaga pengajar dan pengetua AF8, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, malam tadi.
Hos baru AF8 juga turut menepati ramalan iaitu Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley. Kedua mereka berjaya mengambil-alih tempat dan kedudukan AC Mizal yang menjadi AF selama dua musim.

Pemilihan Sarimah dan Jimmy ini diharap memberi sentuhan baru kepada program realiti ini. Sarimah akan mengemudikan program Debaran AF8 manakala Jimmy pula menjadi hos Diari AF8.
Gandingan pengetua, Norman dan Sarimah selaku pengacara AF8.

Sementara itu, kedua-dua mereka akan bergandingan pada hari konsert yang akan diadakan setiap Sabtu. Konsert pertama akan mula bersiaran pada 13 Mac depan melalui saluran ASTRO RIA.

Menurut Pengarah Eksekutif ASTRO Entertainment, Zainir Aminullah, "buat pertama kalinya AF memilih pasangan pengacara bukan untuk meniru rancangan lain.

"Tetapi mempunyai matlamat supaya dapat memantapkan lagi rancangan tersebut disamping membahagikan tugas seperti mengendalikan Diari AF, Konsert AF, dan Debaran AF," katanya semasa sidang media semalam.

Menurutnya lagi, pembaharuan untuk musim ke lapan ini adalah memilih hari Sabtu sebagai hari untuk peserta membuat persembahan, manakala hari Ahad pula hari 'Debaran' di mana peserta akan disingkirkan.

Pada musim ini, para penonton dan peminat AF akan diberi lebih masa dan peluang untuk menilai prestasi persembahan peserta kegemaran masing-masing sebelum menghantar undi.

Manakala penyingkiran peserta pula akan hanya dilakukan pada hari Ahad melalui program siaran langsung Debaran AF.

Selain itu, AF8 juga, turut menampilkan muka baru iaitu pelakon berbakat, Que Haidar selaku jurulatih drama. Untuk musim baru ini, pihak ASTRO masih mengekalkan barisan tenaga pengajarnya yang terdiri daripada Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris).

Friday, January 22, 2010

Tanggang Moden??


Apa punya anak daa..... dah nak mati nanti baru nak ingat ngan mak....

Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

Friday, January 08, 2010

Tinggal Kenangan - Saleem


Song :- Tinggal Kenangan
Artist :- Saleem
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download Song

Best lagu ni... shahdu jer...

Monday, December 21, 2009

Detik-detik gol Kemenangan Malaysia Sukan Sea 25



Sebelum tu nak ucap tahniah kepada skuad bola sepak negara, penantian selama 20 tahun telah pun berakhir. Saja jer nak post kat sini, mana tau lepas ni kena tunggu lagi 20 tahun nak dapatkan balik emas Sukan SEA.

Bung Mokhtar dan Zizie Sahkan Perkahwinan


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung MokhtarRadin dan aktres jelita, Zizie Ezette hari ini mengesahkan mereka sudahberkahwin. Dalam satu SMS kepada wartawan The Star hari ini, BungMokhtar mengesahkan perkahwinannya dengan Zizie, tetapi tidakmemaklumkan tarikh dan tempat pernikahan itu berlangsung.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)itu yang
dipercayai sedang bercuti di luar negara dan engganmemberitahu di mana beliau berada sekarang atau dengan siapa, turutmenafikan tentang majlis respsi perkahwinan yang dikatakan diadakan disebuah hotel mewah di sini malam Rabu lalu.
Beliau juga memohon semua pihak agar menghormati privasi mereka danberjanji akan mengundang media jika mereka mengadakan majlis resepsikelak.
Sementara itu, Zizie ketika dihubungi mStar, secara tidak langsung turut mengesahkan tentang perkahwinannya itu tetapi enggan mengulas lanjut tentang perkara ini.
"Kalau Datuk dah cakap ya (sudah berkahwin), ya lah...," kata Zizieringkas dan menambah akan menjelaskan keadaan sebenar pada waktu yangsesuai.
"Saya dalam situasi yang sukar. Saya perlu menjaga hati banyakpihak. Insya-Allah, bila masanya tiba, saya berjanji akan bercakaplanjut tentang perkara ini.
"Kalau betul saya sudah berkahwin pun, saya tidak salah di sisihukum Allah, cuma mungkin saya bersalah mengikut hukum manusia. Tapijika sudah ditakdirkan itu jodoh saya, elak macam mana pun tetap tidakboleh lari.
"Lagipun, bagi sesiapa yang mengenali saya termasuklahwartawan-wartawan yang baik dengan saya, mereka tahu saya tidak pernahbercinta dengan suami orang. Semuanya adalah lelaki bujang. Tetapikalau sudah jodoh, saya tidak mampu menghalang," ujar Zizie yang kinisedang sibuk menjalani penggambaran drama Suraya

Thursday, December 03, 2009

Movie Ninja (2009)



Malam tadi dok boring-boring lepak kat umah, ada member bagi aku DVD cerita Ninja. best gila babeng cerita ni. Tapi amat tak sesuai untuk budak-budak tengok akan aksi keganasan dalam filem ni. Dari mula sampai habis cerita memang tak henti-henti action pack.

Filem selama 90 minit ni adalah arahan Isaac Florentine..Antara pelakonnya ialah Scott Adkins & Tsuyoshi Ihara.
Kalau nak tau gak jalan cerita leh click read more dibawah... kalau tak nak spoiler...tak yah tekan...
Kisah ini mengenai seorang pemuda Inggeris (Casey) yang menuntut ilmu Ninjitsu di Jepun. Actually, parents dia dulu memang tinggal di sana, tapi selepas kematian ayahnya yang seorang kaki botol, ibunya telah tinggal dia di sana dan dijaga oleh Sensei yang juga mempunyai seorang anak gadis sebayanya.. Casey ni antara pelajar terbaik dan menghormati Sensei tidak seperti seorang lagi iaitu Masazuka yang lebih sombong dan suka irihati pada Casey. Sensei ni akan melantik salah seorang dari pelajarnya yang berjaya mencapai pangkat tertinggi iaitu Seko untuk mewarisi Yoroi Bitsu iaitu peralatan & senjata ninja beserta antidot racun yang digunakan sebagai senjata untuk melawan pihak musuh..

Satu hari Sensei telah mengarahkan Casey dan Masazuka untuk berlawan semasa sesi latihan, walaubagaimanapun, semasa latihan tersebut Masazuka telah berlawan dengan mengikut emosi dan menggunakan senjata sebenar bagi mencederakan Casey. Beliau telah menyebabkan Sensei menjadi amat marah dan telah menghalau Masazuka keluar dari situ serta merta..Masazuka yang berasa kecewa dan marah telah merantau ke New York dan menjadi ahli kongsi gelap dan juga sebagai pembunuh upahan yang amat kejam.

Pada hari tamat latihan, Sensei telah membuat pengumuman dan akan melantik seseorang bagi mewarisi Yoroi Bitsu tersebut, dan pada hari tersebut juga Masazuka datang dan menuntut supaya Yoroi Bitsu diserahkan padanya..Oleh kerana bimbang akan perkara tersebut, Sensei telah mengarahakn Casey dan Namiko ke New York membawa Yoroi Bitsu dan menyembunyikan di sebuah Universiti di sana..ApabilaMasazuka mengetahui yang Yoroi Bitsu telah di bawa pergi, dia telah membunuh Sensei tanpa rasa belas kasihan..

Seterusnya dia memburu Casey dan Namiko di New York. Namiko telah diculik semasa di New York, dan Masazuka telah membuat perjanjian dengan Casey untuk menyerah Namiko sekiranya Yoroi Bitu diserahkan padanya..Casey bersetuju dan mereka telah bertemu di sebuah tapak gereja lama, dan Casey menyerahkan Yoroi Bisu kepad Masazuka namun kotak tersebut adalah kosong, Casey sebenarnya telah memakai kostum Ninja sebenar dan memiliki kesemua peralatan Yoroi Bitsu..Masazuka amat marah dan berlaku pertarungan antara dua ninja berpakain trdisional dan moden. Akhirnya, Masazuka terbunuh setelah Casey berjaya menggunakan ilmu yang xsempat dipelajari Masazuka..

Transeksual di Malaysia.. Apa pendapat Anda?


Apa pendapat anda tentang isu tersebut?... Sebenarnya di Malaysia ni, banyak dah berlaku.

LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada pemaparan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British. Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya mencaci kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya. Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana orang ramai melihat perkara tersebut dari aspek keagamaan berhubung perkara itu.

"Saya sangat takut untuk pulang ke tanahair. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya.
Fatine mendakwa satu artikel dalam sebuah tabloid Bahasa Malaysia baru-baru ini telah memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga
mencetuskan reaksi negatif. Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu untuk membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan perhubungan dengannya.
"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam memohon maaf menerusi panggilan telefon. Saya menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa-apa yang telah berlaku," kata artis solek berusia 36 tahun itu. Fatine berasa kesal kerana artikel tersebut telah memutarbelitkan kisah mereka dan mereka tidak berniat untuk menghina komuniti Melayu.

"Mereka juga memasukkan nama bapa saya dalam artikel itu. Itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.
Fatine berkata dia kecewa kerana komuniti Melayu tersinggung. Tambahnya, mereka berdua cuma ingin bersama di UK kerana mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.

Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".
Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur-ansur baik.
Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, pemilik syarikat penyelenggaraan harta tanah Mei lalu. Dia berdepan dengan tindakan deportasi kembali ke Malaysia selepas visa 'Leave to Remain' miliknya ditolak oleh Home Office ekoran foto "salah".

Permohonan kedua yang besertakan foto paspot dengan latar putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula.
Bagaimanapun, permohonannya untuk mendapatkan visa telah ditolak pada Oktober lalu.
Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk mendapatkan kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain. Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, jabatan imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.

Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius rakyat Malaysia tinggal terlalu lama di luar negara.

kredit - mstar online

Thursday, November 26, 2009

Gambar Inul tunjuk bontot.


Dapat dari email... tak pasti kesahihan gambar ni. Sama ada photoshop atau real... lu pikirlah sendiri.

Inul posing tunjuk bontot. Nie mesti gian stim nak bagi orang tengok bontot dia tue.
Abang-abang amik gambar tue seronok tak ingat la. Orang dah bagi bontot free. Layankan jerlah.

Minyak RON95 Merosakkan Enjin?



Selain boleh merosakkan enjin keta, saya rasa ianya juga merugikan. Tidak seperti minyak Ron97 yang lebih menjimatkan dari segi penggunaan.

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dua ahli Parlimen, masing-masing daripada PKR dan BN membangkitkan persoalan kualiti dan kebimbangan orang ramai terhadap minyak RON95 yang didakwa akan menjejaskan prestasi enjin.

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) telah membangkitkan kualiti minyak tersebut yang diperkatakan banyak pihak sehingga terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin.

"Ada stesen minyak yang bukan Petronas telah meletakkan notis bahaya terhadap minyak RON95 dan menyenaraikan jenis kenderaan yang boleh menggunakan minyak ini," katanya mendedahkan kepada Dewan Rakyat.

Manakala Hamim Samuri (BN-Ledang) menyatakan sekiranya minyak kuning (RON95) lebih efisien, maka adalah lebih baik hanya satu jenis minyak sahaja digunakan dan dicadangkan supaya minyak lain seperti RON97 ditarik balik.

Bagaimanapun, tanggapan pengguna terhadap penggunaan minyak petrol RON95 yang merosakkan enjin adalah tidak tepat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe yang menjawab solan tersebut.

Katanya sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.

Kata Tan negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95.

"Di Eropah, penggunaan RON95 adalah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang ingin tahu sama ada minyak petrol yang dijual di stesen minyak Petronas iaitu Primax 95 tidak sesuai digunakan untuk kereta import dan kereta mewah kerana minyak itu boleh merosakkan enjin.

Tan berkata sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan, beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat telah diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap aspek penggunaan petrol RON95.

Beliau berkata dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin.

Ketika menjawab soalan tambahan Johari mengenai terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin, Tan berkata kementerian tidak menyedari mengenai perkara itu.

Monday, November 23, 2009

Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24

Tahniah hantujeraul ucapkan kepada semua finalis. Berikut ini, senarai 14 buah lagu yang berjaya untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-24:

1. Aku Skandal - Hujan
2. Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah
3. Aurora - Estranged
4. Bengang - Akim
5. Aku Rindu Sayang Kamu - Black
6. Dan Sebenarnya - Yuna
7. Rindu Terhenti - Tomok
8. Pakai Buang - Stacy
9. Kau Aku - Aizat
10. Pergi - Aizat
11. Situasi - Bunkface
12. Benchinta - Faizal Tahir
13. Adam dan Hawa - Misha Omar
14. Masih Jelas - Hafiz


Tahniah kepada semua finalis~!

Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

Monday, October 26, 2009

Menatap Matamu - Aril AF7


Song :- Menatap Matamu - Aril AF7
Artist :- Aril AF7
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download Song

Lirik lagu Menatap Matamu - Aril Af7

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Cari Jodoh - Wali Band


Song :- Cari Jodoh
Artist :- Wali Band
Click the link below for download this song mp3
Klik pada link lagu dibawah untuk muat turun lagu percuma

Download Song

Lirik lagu Cari Jodoh - Wali Band

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu

Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***

Friday, October 09, 2009

Budak Sekolah Bertudung Gaduh


Budak Sekolah Bertudung bergaduh berebut??????

Hati-hati Mandi bersama


Hati-hati mandi bersama

Wednesday, September 30, 2009

Black Mentor dengan kekasih hatinya..

Black Mentor dengan kekasih hatinya..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites