Konsert Minggu ke 6 Akademi Fantasia 4 kali ini menunjukkan perubahan yang besar, samaada dari persembahan pelajar dan juga dari pilihan lagu yang diberi. Rasanya, inilah pilihan lagu yang ditunggu-tunggu oleh peminat dan penonton Akademi Fantasia selama ini. Juri Jemputan pada konsert ke 6 ini pula ialah terdiri daripada bekas Pengajar Akademi Fantasia 1,2 dan 3, Adnan Abu Hassan dan Raja Azura.Di samping pengkritik tetap Adlin Aman Ramlie.
Secara peribadinya, pengkritik pada konsert ke 6 ini adalah yang terbaik pernah di jemput oleh Astro dalam Akademi Fantasia 4 ini. Dengan kritikan yang memang tepat dan bermotivasi, nampaknya ia akan dapat meninggalkan kesan kepada para pelajar. Satu ucapan tahniah buat Astro.
Minggu ini, tanpa di sangka-sangka, Diddy telah menjadi mangsa undian terendah dan seterusnya menjadi peserta ke 6 yang terkeluar sambil menjinjit beg Samsonite keluar dari Akademi. Akan tiada lagi laungan Dazzling Diddy dari Diddy FC untuk konsert seterusnya setelah terkeluarnya beliau dari Akademi.
Untuk kejutan pada minggu ini, sebelum persembahan para pelajar, Aznil telah membuat pengumuman bahawa salah seorang pelajar Prelude akan diserap masuk ke Akademi melalui pilihan Peserta yang mendapat undian tertinggi di Akhir konsert. Pada mulanya, memang rasa tidak puas hati...kenapa pelajar prelude? dan bukannya pelajar yang terkeluar.Rasanya tindakan itu pasti akan menjadi kontroversi dan bakal mendapat cemuhan dari para peminat pelajar yang telah terkeluar. Rupa-rupanya tindakan memasukkan pelajar Prelude tersebut hanyalah untuk merealisasikan impian mereka untuk masuk belajar di Akademi...dan masa yang diberi oleh Astro adalah selama seminggu sahaja. Bagi saya, kenapa hanya seorang dan bukan kelapan2 peserta Prelude tidak dimasukkan, jika untuk merealisasikan impian mereka?.. Farhan telah dipilih untuk membuat pilihan. Jika nak ikut pada peratusan undi...Amirul adalah peserta yang mempunyai undian tertinggi di akhir konsert, dengan 22% undi berbanding Farhan dengan 20% undi. Farhan telah memilih Leez (member baik Farhan) untuk diserap masuk ke Akademi....walaupun semasa sesi perbincangan bersama rakan...nama Hazama yang jelas di suarakan oleh rakan-rakan.
Persembahan Pelajar :
Lagu Bonus : Angguk-Anguk Geleng-Geleng ( Ahli Fikir)
Persembahan lagu bonus ini adalah yang terbaik pernah saya lihat. Kerjasama yang baik dari ketujuh-tujuh pelajar.
Faizal : Aku Anak Laut (Kembara)
Kemunculan sebahagian dari ahli Kumpulan Kembara, A. Ali dan S. Sahlan dan juga Sham Kamikaze untuk bersama-sama Faizal membuat persembahan lagu tersebut secara unplugged. Persembahan Faizal pada kali ni biasa-biasa saja. Tak berapa menonjol.
Lotter : DA Bomb ( Ruffedge)
Sebelum persembahan, klip ibu bapa Lotter yang di beri peluang oleh Astro untuk melawat KL cukup membuatkan hati para penonton sayu. Lotter juga nampak bergenang airmatanya. Dah nampak dah genre lagu yang diminati budak ni. Bijak dalam penggunaan pentas dan gaya tarian yang baik ditonjolkan. Overall... persembahan terbaik dari Lotter setakat ini.
Haziq - Seruan (Lefthanded)
Mula-mula dengar Haziq dapat lagu ni...aku memang tak sabar-sabar nak tengok konsert. Malangnya terus-terang aku katakan , Haziq menghancurkan lagu kesukaan aku dan otai-otai rock seluruh Malaysia ni. tak kisahlah apa peminat Haziq nak kata apa. Jelas di wajah Nash ( Vocalist Lefthanded) yang nampaknya kecewa. Weiii..... ni lagu rocklaaaaaa....nak angkat mic stand pun kena ikut step ker????? Langsung takder attitude rock dalam persembahan Haziq ni. Teringat aku Felix AF3 yang berjaya menambat hati peminat rock, semasa mendendangkan lagu Hukum Karma dulu.
Velvet - Run Baby Run
Lagu wish list Velvet. Vokal Velvet memang malatop. Walaupun bersahaja , tapi cara penghayatan dan lenggok vokal yang baik sudah cukup untuk membuatkan penonton terhibur.
Diddy - Air Mata Kasih
Lagu ni pernah dipopularkan oleh ibu Diddy sendiri. Raut wajah Diddy dalam menyanyikan lagu ni nampak seperti orang tertekan. Tapi vocalnya yang unik ini mampu menutup ekspresi muka dia yang nampak tertekan tu.
Farhan - Kopi Dangdut
Persembahan Farhan Minggu ini tak menjadi. Setelah berminggu-minggu, inilah pertama kali pengkritik mengkritik kelemahan Farhan. memang nampak yang si Farhan ni tidak menyukai lagu-lagu dangdut. Attitude kurang dalam persembhan ini.
Amirul - Sedang Ingin Bercinta (Dewa 19)
Persembahan terbaik Amirul minggu ini. Minggu ini memang milik Amirul dengan gaya persembahan seperti seorang professional. Paling menonjol sekali ialah rentak tarian yang dipersembahkan. Keep it real Boy...teruskan buat persembahan terbaik.
0 comments:
Post a Comment