Friday, July 07, 2006

Minggu Aluan Pelajar

Pada 4 hari
bulan Julai 2006 lepas, aku diminta untuk turut serta dalam Minggu Aluan Pelajar baru. Pelajar-pelajar tersebut adalah pelajar baru yang baru mendaftar masuk ke UNIMAS pada 2-3 Julai 2006. Pelajar-pelajar baru ini akan mengikuti program Minggu Aluan Pelajar dari 4 hingga 8 Julai 2006. Biasalah budak baru masuk Universiti, nampak sangat diorang ni masih blurrr. Semasa petang hari tersebut, aku kena mengikuti juga Program aku iaitu Program Akuatik dalam memberi penerangan kepada pelajar baru yang mengambil program ni. Bukan aku yang bagi penerangan haa....Boss aku yang bagi, aku ni kuli makan gaji jer...Just tengok-tengok pemandangan jer, heheheheh. Tapi yang paling best hari ni, bab makan...aku takyah kuar duit , sebab Fakulti spons makan. Pagi dan tengahari. Kalau camni tiap hari kan best...dapat gak pakai beli kereta baru.
Dalam melihat keadaan pelajar baru ni, aku terpikir gak.... camni agaknya kalau aku sambung belajar lagi. Sebab target aku dalam 2-3 tahun ni aku nak sambung belajar lagi. Bab pasal sambung belajar ni....hem...Sebelum apa-apa keputusan diambil...kena juga pikir pasal hutang , komitmen dan sebagainya. Kang nanti teruk pulak jadinya. Tapi best gak tengok member yang sama kerja sambung belajar, ada jugak yang dah habis belajar..ada degree, Dia orang ni tunggu offer jer lagi nak jadi boss.
Tahun ni kurang sikit aku tengok pelajar yang ambil Bidang Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik ni. 28 orang jer aku tengok bagi Tahun satu (pelajar baru). Tahun lepas, kalau tak silap aku lebih 50 orang. Tapi ok gak , sebab makin sikit makin ringan kerja. Lagi pun mudah kalau nak in charge diorang ni nanti kalau ada fieldtrip.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites