Thursday, July 13, 2006

Mentor - Konsert Prolog

Mentor program reality hiburan unggul terbitan TV3 kini kembali dengan Konsert Prolog Mentor secara langsung sebagai pembuka tirai mentor musim ke 2. Konsert Prolog Mentor menyaksikan 12 peserta berbakat dan terpilih berentap untuk merebut gelaran protégé bagi musim kedua. Hanya 6 protégé akan terpilih untuk mendapat tunjuk ajar mentor untuk mendapat gelaran juara dan memulakan kerjaya sebagai penghibur professional.Konsert Prolog Mentor memberi peluang kepada penonton untuk memilih 6 peserta yang dirasakan sesuai dan paling berbakat layak menjadi protégé mentor melalui SMS atau talian tetap.Keputusan 6 protégé yang terpilih melalui sms akan disiarkan pada Ahad 16 Julai 2006 jam 9 malam.Mentor musim kedua menyaksikan penyanyi Ezylynn kekal sebagai pegacara dan menampilkan Ashraff Sinclair sebagai rakan pengacara yang baru.
p/s : sebenarnya..aku bukan suka sangat rancangan mentor ni.....masa Konsert prolog tempoh hari....baru 3 peserta menyanyi dah mata mengantuk... tapi tak pelah . Konsert ni khas buat orang yang belum pasang astro kat rumah diaorang...cam rumah mak bapa aku... mesti adik aku sekarang ni tengah berangan-angan nak jadi penyanyi jugak...hehheheh

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites