Hari Jumaat lepas 24 November 2006 dalam pukul 6 petang keta yang aku booking dulu datang. Keta kecik jer. Kancil 850, warna Silver. Dapatlah aku main cilok kat jalan raya Kuching nanti. hhehehehe. Kos minyak yang tinggi di samping tempat kerja yang jauh dari rumah, merupakan sebab utama aku beli kereta yang jimat kos ni. Kereta Toyota aku yang lagi satu tu aku simpan kat rumah. Pakai waktu cuti weekend jer. Minyak kuat sangat. Tak mampu. Lagipula selama ni kalau aku tak pakai keta Toyota tu, aku pakai motorsikal Modenas aku tu jer untuk pergi kerja. Tak kiralah hujan ker , panas ker , janji sampai. Minyak kereta kancil ngan motorsikal aku tu kalau nak dibanding minyak ke tempat keja lebih dalam 2 ringgit jer...heheheh...tu yang best tu.
Baru sehari keta tu sampai, aku dah bawak pegi tinted semua cermin ngan tinted Silver Marine. Beli visor dan macam-macam lagilah aku upgrade. Engine jer aku tak upgrade sebab baru 120 km running dia. Sound system pun aku tak berani nak pasang dulu, sebelum aku pasang Shock sensor. Kang jadi cam keta Toyota aku dulu tu, kena kopak, habis hilang sound system. Sound system yang aku baru beli tu bukan calang-calang gak harga dia...berapi...hehehhe.
Ok sampai sini jer dulu entry baru aku ni...petang ni aku nak main bolasepak ngan kengkawan. Lama dah tak main ball. Dapat lagi ker sepak bola or memang dah tak tahu cara nak sepak bola???? Nanti aku ceritakan lagi dalam entry baru. OK...
0 comments:
Post a Comment