Friday, November 24, 2006

Trip Ambal di Asajaya Laut.

Semalam aku ada trip ikut student mengambal. Kami mengambal di area Sampun Asajaya. Janji awal pagi lam pukul 6 a.m mesti datang kat opis. Aku pun datanglah dalam kul 5.40 a.m. Sampai jer kat opis, orang lain belom datang lagi. Tetiba aku teringat, GPS terlupa kat rumah. Adesss.... terpaksa kena balik ni. Kalau tak naya boss marah nanti. So aku pun apa lagi.... balik kembali kerumah. Dekat nak pukul 7 a.m baru aku datang balik ke opis. Hehehehe... aku buat muka selamba sambil beritahu yang aku tertinggal GPS.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kemudiannya kami terus bertolak ke Kampung Asajaya Laut atau lebih dikenali dengan Kampung Nonok. Kami menyewa 2 buah bot serta pemandu, dan 3 orang tukang ngambal. Lagipula sekarang dah mula musim orang mengambal. Banyak juga orang yang turun mengambal hari tu,

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami mula mengambal lebih kurang dalam pukul 9.30 a.m. Menunggu air laut surut. Cuaca pulak pagi tu memang panas. Kalau tak pakai baju panjang memang kena sunburn. Orang kampung yang biasa hari-hari mengambal pun pakai baju panjang dan topi besar. Ini kan lagi orang yang macam kami ni....

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami habis kerja dalam pukul 12.00 tengah hari. Matahari betul-betul atas kepala ....panas bukan main lagi. Nasib ada angin bertiup.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dekat nak pukul 1 tgh baru bot kami dapat bergerak untuk pulang balik ke Kpg. Nonok. Semasa sampai di pengkalan bot Kpg. Nonok, aku sempat jugak ambil gambar peraih membeli ambal dari penduduk tempatan. Inilah kali pertama aku tengok bilangan ambal yang begitu banyak.

Photobucket - Video and Image Hosting

Rasa nak pegi beli pun ada bila tengok orang membawa hasil memasing. Tapi apakan daya. Masa tu aku tak bawa beg duit. Jadi orang indon sekejap.

Photobucket - Video and Image Hosting

Gambo bawah ni gambo student sedang asyik melihat aksi ambal mengorek pasir untuk kembali ke tempat asal nya...cheewaaahhh..

Photobucket - Video and Image Hosting

1 comments:

Saya buat research berkaitan ambal di Sarawak. Ada contact number mana2 pengambal sik?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites