Hari ni aku ditugaskan dua kerja bagi sambutan Deeparaya Universiti. Satu, jadi penyanyi, dan satu lagi jadi cameraman. Kalau jadi cameraman oklah jugak, sebab aku memang biasa jadi cameraman dan videoman untuk fakulti. Tapi kalau nak jadi penyanyi tu mintak maaf sikit. Tapi apa boleh buat boss dah suruh. Sayangnya cadangan kami nak buat live band lagu raya tak dapat ditunaikan pihak penganjur sebab kekurangan instrument. Sebab tulah segala perancangan terpaksa kami ubah. Maklumlah kena nyanyi dalam minus one.
Bila pergi jer kat tempat sambutan deeparaya tu, aku ngan kawan memang dah ready bawa minus one masing-masing. Tup, tup, sesapa saja yang rasa nak nyanyi bolehlah naik ke pentas....
So aku pun apalagi, takmo nyanyilah. Banyak volunteer nak nyanyi. Selamat.......
Tetamu Khas jemputan pada tahun ini ialah, Tan Sri Bujang Noor. Sempat gak ambik beberapa pics beliau.
Banyak gak juadah yang disediakan pada tahun ni. Biasalah semua fakulti dan jabatan yang terlibat. Aku makan ala kadar jer. Tapi yang paling best, aku sempat bawa balik banyak paket Tongkat Ali ngan Kacip Fatimah. Stok untuk minum pagi.
Gambar yang aku ambil masa jamuan ni tak berapa banyak. Entah tak tau kenapa pandai rasa malas nak ambik. Maklumlah camera jenis murah nak banding ngan camera orang lain yang lebih jauh canggih dan mahal. Lagi pula aku pakai camera sendiri punya. Fakulti tak bekalkan camera untuk aku ambik gamba. So lantaklah korang. Apa yang aku makan, tulah yang korang kena makan ( gambar)......
0 comments:
Post a Comment