Saturday, January 06, 2007

Altantuya Shaariibuu Murder Trial Hearing On March 10, 2008

Source : http://the-malaysian.blogspot.com/2007/01/altantuya-shaariibuu-murder-trial.html


The date for the hearing of the Altantuya Shaariibuu murder trial has been fixed for four weeks starting from March 10, 2008, by Shah Alam High Court judge Justice K.N. Segara.
The RM1mil bail for political analyst Abdul Razak Baginda, who is charged with abetting in the murder of the Mongolian beauty, expired today and the court ordered him to be remanded at Sungei Buloh prison. Razak Baginda looked visibly upset and shocked when the order was announced.
There has been no formal application yet from his lawyer for it to be extended. It is understood that his counsel will file an application on Monday 8th January.
More details are available on the Harakah website. As it sometimes cannot be accessed from here without registration the entire report in Bahasa Malaysia is published below.

TERKINI! KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Jaminan RM1 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 46 tamat hari ini dan Mahkamah Tinggi memerintahkan beliau dibawa ke Penjara Sungai Buloh sebentar tadi.
Terkejut dengan mahkamah keputusan itu, Razak Baginda yang dituduh bersubahat membunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribuu, 28, kelihatan gelabah ketika dibawa masuk dalam kenderaan polis untuk dihantar ke penjara.
Harakahdaily difahamkan peguam Razak akan mengemukakan permohonan balas ikat jamin bagi membebaskan anak guamnya, Isnin depan.
Bagaimanapun mahkamah menangguhkan perbicaraan kes berprofil tinggi ini, untuk tempoh perbicaraan semula kepada 10 Mac hingga 4 April 2008.
Perbicaraan kes membabitkan Abdul Razak ini yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis membunuh wanita rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, ditetapkan selama empat minggu bermula 10 Mac 2008.
Abdul Razak ditahan di penjara setelah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk KN Segara enggan menerima permohonan lisan oleh peguam bela, Wong Kian Kheong supaya Abdul Razak dibebaskan dengan bon jaminan.
Segara meminta Wong untuk memfailkan permohonan rasmi bagi tujuan itu.
Turut hadir di makhamad Tinggi Shah Alam itu pagi tadi ialah, General Konsulat Mongolia, Dato' abdul Rahman Al Habshee, Peguam Pemerhatian bagi keluarga Altantunya, Karpal Singh, Peguambela, Zulkifli Nordin dan ahli keluarga Abdul Razak.
Abdul Razak dituduh bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, melakukan pembunuhan yang berakhir dengan mayat Altantuya, 28, diletupkan.
Cebisan mayatnya dilaporkan ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam dekat sini 7 Nov lepas.
Abdul Razak didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang, antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt lepas.
Alamat itu adalah alamat rasmi Malaysian Strategic Research Centre, sebuah badan analisis yang diketuai Abdul Razak.
Azilah dan Sirul Azhar, kedua-duanya dari UTK Bukit Aman, dituduh membunuh Altantuya di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt lepas.

Pemimpin terlibat?
Sebelum ini, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali menyebut, mutakhir ini timbul tanda tanya tentang apakah peranan ataupun keterlibatan pucuk pimpinan negara dalam kes pembunuhan Altantunya hinggakan tanda tanya tersebut sudah menjadi buah mulut, berkisar sekitar tiga perkara.
Antaranya, Syed Husin mempersoal bagaimana seorang penganalisis politik seolah-olah dengan begitu mudah boleh mendapat khidmat dari dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), sedangkan UTK boleh dikatakan sebuah unit elit dalam pasukan polis,katanya.
"UTK juga berkhidmat khusus kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan adakan kemungkinan kerana ada apa-apa hubungan istimewa?," katanya kepada Harakah dalam satu kenyataan.
Kedua kata Syed Husin, dipercayai bahawa bahan letupan yang digunakan ke atas mangsa ialah jenis C4, dan KeADILAn diberitahu bahan ini agak baru dan disimpan dengan jagaan keselamatan yang rapi.
"Bagaimanakah bahan ini dapat diperolehi mereka yang dituduh meletupkan mangsa sehingga hancur berkecai? Sekali lagi, adakah kerana apa-apa hubungan yang istimewa?,"katanya.
Ketiga katanya, pihak tertuduh utama dalam kes pembunuhan ini dibebaskan oleh mahkamah dengan bon tanpa jaminan.
"Setahu kami, ini hanya kali kedua kes pembunuhan dibenarkan bebas. Tetapi ia merupakan kali pertama seorang tertuduh dibebaskan tanpa membayar ikatan jamin. Yang anehnya pihak Pendakwa tidak membantah sama sekali. Apakah ada udang besar di sebalik batu?," katanya lagi.- mr
Image - Harakah
Report from Bernama: Razak Baginda's Murder Case Set For March Next Year

Yang menjadi isu panas sekarang ialah kenapa perlu menunggu sehingga 10 March 2008 (kira2 Setahun 2 bulan) untuk kes yang melibatkan 2 negara ni. Adakah kerana Pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi????

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites