Monday, January 22, 2007

Antara Badminton, AJL dan Man U.

Semalam aku dok rumah jer . Tak kuar pegi mana-mana.Tapi rasa berbaloi gak duduk rumah ngan family sambil menonton TV. Rancangan hari semalam pun hebat-hebat dengan siaran langsung memonopoli seharian di hari minggu.
Dimulakan dengan pertandingan Akhir Badminton Terbuka Malaysia Super Series. Aku menantikan perlawanan antara Bao Chunlai Vs Peter Gade dan pertemuan bergu negara Koo Kien Keat & Kuan Beng Hong Vs Tony Gunawan & Chandra Wijaya. Lain-lain perlawanan aku tak berapa minat sangat. Mungkin kerana mata aku lebih suka tertumpu pada permainan pantas kedua-dua perlawanan (Curi skill). Dalam perseorangan badminton itu, kemenangan dimiliki oleh Peter Gade dengan rubber set. Walaupun sebelum edisi Terbuka Malaysia ini, Peter Gade terpaksa menginap di hospital selama dua hari kerana migrain, namun beliau tetap berjaya menunjukkan mutu permainan yang tinggi untuk memiliki kejuaraan. Bagi perlawanan bergu pula, seperti biasalah, sebagai rakyat MAlaysia, sudah pastinya sokongan padu aku akan terarah kepada bergu negara. Bergu negara menang dengan straight set, dimana perlawanan pantas seperti yang mereka lakukan di Doha dahulu berjaya menjadikan mereka Juara baru Bergu Terbuka Malaysia. Harapan di masa hadapan agar , Koo Ken Keat dan Tan Beng Hong ini akan terus berjaya di masa hadapan.
Anugerah Juara lagu.... Aku sempat gak tengok anugerah ni , tapi sayangnya masa pengumuman pemenang, hujan lebat. Faham-faham jerlah Astro ni. Kalau hujan jer mesti padam. Siaran kat rumah aku kembali pulih bila Adibah Noor menyanyi di akhir rancangan. So, taulah aku sapa yang menang. Mata nie sempat gak tercari-cari Mawi di atas pentas. Yang aku nampak hanya M. Nasir. Nampak nya rezeki Mawi takder tahun ni. Takper...tahun cuba lagi walaupun persembahan mereka berdua malam tadi juga turut hebat.
Man U kalah.... ni yang aku tak puas hati. Sia-sia jer aku tido akhir...ini balasannya MU kat aku...Cissss.. Henry score di minit2 kecederaan pulak tu.. Ni yang aku frust sesangat. Tapi takperlah. Chelsea pun kalah minggu ni, 2-0 kena ngan Liverpool. nampaknya Alex Ferguson kena buat homework lah. Kenapa lah hang masukkan si Saha tu. Larsson ok aper, bukan setakat menyerang jer dia pandai ,tolong defender pun ok. Tu sebab masa dia ada Arsenal tak dapat score pun. Nampaknya MU kena lebih banyak menag kali ni, sebab Arsenal, Chelsea dan Liverpool pasti akan buat comeback yang hebat.
Ok lah , sampai sini jer dulu. Tangan aku sakit nak taip, di tambah lagi ngan hati yang tengah frust ni. OK....Chow lok..

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites