Wednesday, January 24, 2007

Gambar Johor dilanda banjir.

Gambar-gambar banjir di Johor. Tanah tempat kelahiran ku. Banjir tahun 2007 ini merupakan yang terburuk dalam sejarah negeri Johor. Walaupun aku dah tak duduk kat sana, tapi aku juga tumpang simpati pada penduduk negeri Johor.
Hujan yang tak henti-henti sejak December tahun lalu,menambahkan lagi sengsara penduduk. Di tambah lagi dengan beberapa spekulasi orang ramai, bahawa kawasan tadahan air di negeri itu tidak diselenggara dengan betul, banyak membantu kehadiran air bah ini.

Sekiranya aku diberi peluang untuk membantu, sememangnya akan ku sambut dengan hati terbuka dan ikhlas. Namun kita sebagai manusia juga harus bersyukur dengan kehendak Allah S.W.T. Di setiap musibah itu ada kebaikannya. Aku berharap agar penduduk di Johor dan Pahang akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik menanti berakhirnya banjir ini. Amin.
Ihsan gambar adalah dari member-member blogger yang baik hati.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites