Thursday, January 18, 2007

Malaysia VS Singapore (AFC CUP)

MALAYSIA akan bertemu penyandang juara, Singapura pada peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Asean selepas pasukan Seberang Tambak itu muncul juara Kumpulan B di Stadium Nasional, malam tadi.
Singapura mengikat Indonesia 2-2 manakala Vietnam membenam Laos 9-0 di Stadium Jalan Besar untuk muncul naib juara kumpulan itu, sekali gus membuatkan Indonesia tersingkir berdasarkan perbezaan jaringan.
Singapura, Vietnam dan Indonesia masing-masing mengutip lima mata. tapi Singapura dan Vietnam layak ke kelompok empat pasukan terakhir berdasarkan perbezaan gol.
Berikutan keputusan itu, Singapura akan bertemu Malaysia yang juga naib juara Kumpulan A manakala Vietnam berdepan Thailand pada separuh akhir yang dijadualkan berlangsung secara timbal balik pada 23 dan 24 Januari ini.
Separuh akhir pertama menyaksikan Singapura akan bertandang ke Malaysia pada 23 Januari ini sebelum pasukan negara berkunjung ke republik itu, pada 27 Januari.
Vietnam pula akan beraksi di Thailand pada 24 Januari sebelum kembali bertemu bekas juara tiga kali itu di gelanggang sendiri pada 28 Januari.

Harapan aku sebagai rakyat Malaysia dan orang Asean, agar Malaysia, Thailand or Vietnam yang akan menjadi juara AFF ni. Bukan bermaksud aku anti Singapura pulak. Tapi , aku tak berapa suka dengan team Singapore yang rata-ratanya dibarisi oleh orang asing. Rasanya, kalau diaorang main team anak jati Singapore, dapat ke diaorang masuk semi????

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites