Thursday, September 27, 2007

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Kredit to PGX Forum for this pics.

Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang dialami oleh seorang penebang kayu bakau di Santubong, dekat sini, yang terselamat dari menjadi mangsa dibaham seekor buaya.

Walaupun hampir separuh daripada badannya sudah berada di dalam mulut reptilia ganas itu, namun beliau tidak menyerah begitu sahaja dan berusaha meloloskan dirinya daripada cengkaman tersebut.
Dalam kejadian pukul 8 pagi 20 September, mangsa Yahaya Jamali, 36, dari Kampung Pulau Salak, mengambil masa 10 minit bertarung untuk melepaskan diri daripada mulut buaya berkenaan dalam kejadian di Sungai Gelugor, Pulau Salak, Santubong.

Bagaimaanapun, mangsa yang sudah empat tahun bekerja sebagai penebang kayu bakau di sungai terbabit cuma kehilangan telinga kiri, parah di rusuk kiri dan patah tangan kiri akibat digigit sang bedal.
Bak kata orang tua-tua.... Agi Idup Agi Ngelaban. Selagi bernyawa selagi itu melawan... Walaupun terlepas habuan, namun sang bedal dapat jugak membawa pulang cuping telinga.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites