Click Here For More Pics in this Journey
Assalamualaikum,
Jeraul baru saja balik dari outstation minggu lepas.Ada kerja yang perlu di buat di sekitar kawasan Long Wat, Ulu Belaga dari 7 September hingga 13 September 2007.Banyak meninggalkan kenangan manis dihati Jeraul dan rakan.
7.30 pagi pada 7 September kami bertolak ke Bintulu dengan kapal terbang "belon" dari Kuching Airport. Sampai di Bintulu agak-agak dalam 8.20 pagi. Setelah sampai ke Bintulu, kami seterusnya bertolak ke Farley Food Court untuk minum pagi dengan menggunakan 4 buah 4 Wheel Drive yang kami sewa. Minum pagi pun terpaksa tergesa-gesa kerana jarak perjalanan yang perlu dilalui memakan masa 8 jam.Sekiranya tidak sempat sampai, alamat bermalam di tengah hutanlah kami nanti.Perjalanan kami teruskan tepat jam 9.30 pagi.
Gambar atas merupakan kawasan pertengahan perjalanan kami. Singgah untuk buang air kecil. Bayangkan perjalanan ditengah-tengah hutan pada mulanya, tetiba jer kami melalui kawasan hutan gondol yang diganti dengan penanaman kelapa sawit. Keluasan hutan yang telah digondol ni tak dapat pulak saya pastikan.
Gambar atas, Gate Shin Yang. Kami sampai disini pada pukul 5 petang.Pak Guard di situ bermurah hati memberi kami sebuah rumah kongsi untuk kami bermalam. Sebelum tu kami terpaksa memberi surat kebenaran dari Main Office diaorang untuk masuk ke situ. Semalam jer kami kat gate ni.
8 September, tepat jam 9.15 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Long Wat. Gambar atas antara pemandangan jalan untuk ke sana.
Semasa perjalanan, kami singgah di kem balak (tak pasti nama tempat tu) yang berdekatan untuk mengambil Penghulu Kpg. Long Wat, seperti yang dijanjikan sebelum perjalanan dulu. (Gambar atas yang ditengah).
Sg. Wat. Jeraul menggunakan perahu untuk ke Long Wat semasa pertengahan perjalanan ke sana.Sementara member lain menggunakan transport. Biasalah, Jeraul kena survey kawasan dulu. Kami sampai di Long Wat kira-kira pukul 1 tengahari.
Penghulu memberikan kami sebuah quarters sukarelawan untuk kami bermalam sepanjang trip kami disini. Pada sebelah malamnya quarters kami penuh dengan penduduk kampung yang datang untuk melihat kami.
Member tengah amik gambar Jeram Peliran (Wong Peliran) . Masa ni Jeraul pun tengah sibuk ambil gambar view area tu.
Wong Peliran dari jarak 100 meter, tak berani pergi dekat sebab beralun kuat.
Patung ukiran berbentuk manusia hasil kerja tangan penduduk Penan di sini. Patung ini terletak si bahagian depan rumah panjang Penan Long Wat.
Kawasan sekitar rumah panjang Penan Long Wat. Gambar ni sempat diambil setelah semua kerja beres. Kalau tak, memang langsung tak dak gambar. Sayang, kami tak sempat mengambil gambar orang Penan buat parang tradisional mereka.
Rumah Panjang Penan Long Wat dari atas. Quarters yang putih tu adalah kawasan kediaman kami semsa trip ini.
Kalau nak tau, kat sinilah tempat Jeraul dan rakan membersihkan diri aka mandi... orang kat sini pun banyak mandi kat sini. Apa leh buat... sejuk gak air kat sg. kecik ni...
Meredah Sg. Belepu untuk ke bahagian ulu. Sebelum pulang ke quarters, kami sempat juga berendam kat sungai ni pada 11 September tu.
Berjalan kaki ke kawasan site kerja. Jauh lah jugak kena menapak ni... takper-takper exercise sebelum berpuasa nanti,
Aktiviti Rock Climbing... heheheh.. turun bukit daaa...
Malam 11 September , sebelum kami bertolak ke Bintulu keesokan harinya, kami pergi ke rumah Penghulu untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana banyak membantu kami.
Banyak jugaklah aktiviti yang diadakan untuk kami malam tu. Seperti tarian, menyanyi dan liveband unplugged dari penduduk kampung.
Malam tu aku kena target bebudak perempuan kat situ. Nakal gak dorang ni. Dorang kenakan aku untuk disuruh memperaksikan tarian ngajat... mana aku reti.. tapi terpaksa jugaklah buat, jaga hati orang...
Keesokan harinya, kami pun bertolak ke Bintulu.
Long Wat, kenangan manis yang takkan dilupakan, banyak kenangan semasa disana Jeraul tak dapat typekan disini... hehehehe...
0 comments:
Post a Comment