Monday, September 17, 2007

Chong Wei Juara Terbuka Jepun

Tahniah... tahniah Jeraul ucapkan kepada Lee Chong Wei, pemain badminton perseorangan negara, kerana muncul sebagai Juara Perseorangan Terbuka Jepun semalam.
Gelaran kedua Siri Super Dunia dalam tempoh empat bulan itu jadi miliknya selepas pertarungan epik berlanjutan selama 65 minit sebelum menumbangkan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat 22-20, 19-21, 21-19.
Malah Chong Wei sendiri mengakui betapa kemenangan kali ini – dicapai selepas menumbangkan dua pemain utama dunia – Lin Dan dari China serta Taufik, hadir di luar ramalannya.
Kata-kata dari Chong Wei selepas detik kemenangan.
“Apabila saya dimaklumkan mengenai undian ini, saya sudah bayangkan laluan yang sukar, bermula dengan Hafiz (Hashim), Ronald Susilo dan Chen Jin sebelum Lin Dan dan Taufik.

“Ketika itu, matlamat saya hanya berusaha memberi persembahan yang terbaik. Saya memang gembira kerana akhirnya berjaya muncul juara,” katanya.
“Taufik adalah pemain hebat yang sudah memenangi pingat emas Olimpik dan gelaran dunia. Hari ini, saya gembira kerana berjaya mempamerkan rentak permainan sebenar.

“Selepas kedudukan terikat 1-1, ketika dia cuba mengejar saya pada penghujung set ketiga, saya cuba menenangkan diri dan tidak terburu-buru. Saya bersikap sabar dan hanya menantinya membuat kesilapan,” katanya.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites