Friday, September 21, 2007

Mayat Dalam Beg Sah Nurin

Tragis..... pembunuhan paling tragis dan menyayat hati rakyat Malaysia. GAMBAR (kiri): Mayat ditemui dalam beg, (kanan): Nurin Jazlin Jazimin.
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama, Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.
Jabatan Kimia memaklumkan ujian DNA itu mendapati 99.99 peratus sampel darah kanak-kanak itu sepadan dengan sampel darah ibu bapa Nurin, yang diambil selepas proses pengecaman mayat kali pertama, Isnin lalu.

Namun, kedua ibu bapa Nurin tetap tidak percaya bahawa mayat tersebut adalah anak mereka. Tanda dan struktur tubuh mayat tersebut dikatakan tidak menyamai rupa anak mereka.
Walau siapapun identiti mayat tersebut, Jeraul amat berharap agar si pembunuh kejam ini akan dapat diberkas dan dikenakan hukuman setimpal terhadapnya. Seperti kata orang ramai, ini bukan lagi kerja manusia, tapi binatang yang bertopengkan manusia.

KRONOLOGI:

- 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
- 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
- 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
- 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
- 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
- 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
- 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
- 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
- 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
- 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
- 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
- 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
- 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
- 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
- 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
- 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
- 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan

Pesanan khidmat masyarakat dari Jeraul :
Sentiasalah mengawasi anak dan adik beradik anda diluar sana. Jangan biarkan mereka menjadi mangsa seterusnya.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites