Wednesday, November 05, 2008

Movie Death Race best


Tajuk : Death Race
Genre : 18SG
Pelakon : Jensen Ames(Jason Statham), Machine Gun Joe (Tyrese Gibson), Case (Natalie Martinez)

Filem Death Race yang baru sahaja aku tonton hari Ahad lepas, adalah merupakan filem aksi ganas yang main tembak2 orang dan juga kereta yang "kebal", maksud disini kereta yang kebal ialah kereta yang telah melalui proses modified kaw2 nye sampai tembak bertubi-tubi masih lagi ok. Tapi mesti kena tunggu isyarat dari warden penjara. Filem Death Race ni sbnrnya difilemkan semula... filem asal adalah Death Race 2000 yg difilemkan pada tahun 1975...

Ok... kalau tak nak baca spoiler korang boleh tuko channel lain ok... Kat bawah ni aku type dia punya spoiler sebab aku tengah boring tahap cipan.


Penggambaran filem Death Race ni sebenarnya bermula tahun 2002 tapi hanya dapat ditayangkan pada tahun ni, sebabnya gua tak tau apesal.

Intyro cerita menayangkan perlumbaan 2 kereta Dodge Ram dan Ford Mustang yg sarat dengan pelbagai senjata dan perisai...driver mustang tu driver bertopeng yg terkenal.. nama dia Frankenstein... setiap driver akan ada sorang navigator perempuan dari penjara perempuan.

Masa tu adegan tembak menembak... Dodge Ram tembak kereta Frankenstein bertalu-talu kebetulan lak tatau kenapa perisai kereta Frankenstein tak berfungsi... dia lepaskan perisai blkg kereta dia dan dia suruh navigator tu keluar dari kereta tu...dan kereta Frankenstein terus meletup...keadaan Frankenstein menjadi tanda tanya...

Sejak dari tahun 2008 ekonomi US ditimpa bencana...penjara-penjara banyak dimiliki oleh syarikat persendirian dan bukannya kerajaan. Penjara Terminal Island Prison, syarikat tersebut menayangkan pergaduhan antara banduan2 melalui internet... (cam cerita Stone Cold dulu The Condamned. Pergaduhan tu kalah mati ...Yang kalah mati bebetul taw.... pastu bila semua org dah boring dgn tayangan tu diaorg beralih ke Death Race yg mana perlumbaan kereta dengan senjata dan perisai... so sapa kena tembak mmg mati terus la.

Jensen Ames (Jason Statham) diberhentikan kerja sbb syarikat besi yg dia kerja bankrap... dia blk rumah cerita dgn isteri dia... masa dia tgh bersiap kat tingkat atas dan isteri dia tgh memasak kat dapur...tiba-tiba ada penceroboh masuk umah dia orang dan bunuh isteri dia... bila Jensen nampak isteri dia terlentang kat dapur...tiba2 penceroboh tu spray mata dia dan dia pengsan. Bila dia sedar jer, polis terus tangkap dia dengan pisau yang berdarah masih kat tangan dia... so apalagi, kena masuk lah ke Terminal Island Prisonlah

Sebenarnya tu adalah perangkap dari warden penjara tu sendiri. Hennessey (Joan Allen) nak Jensen jadi driver Ford Mustang yg baru.. warden tu bgtau Jensen dia tau kat mana anak dia dan dia akan dilepaskan kalo menang 5 pertandingan Death Race...tp Frankenstein dah menang 4...so dia hanya perlu menang 1 je lagi...

Pertandingan tu ada 3 stage...stage 1 & 2 hanya perlu berjuang agar tak mati... stage 3 plak kena menang utk dapat kebebasan...

Masa stage 1...Jensen diperkenalkan dengan navigator dia Case (Natalie Martinez) yg juga dulu navigator Frankenstein...dan dalam perlumbaan dia dpt cam salah sorg driver,Pachenko, adalah org yg membunuh isteri dia...

Lepas abis race...Jensen rasa dia hanyalah alat utk mengekalkan lagenda Frankenstein dan utk kepentingan Hennessey... dia cerita kpd warden tu yg dia syak Pachenko bunuh isteri dia... tapi Hennessey tak pedulikan...tapi dia keep on cakap pasal anak dia...kira umpan la tu...

Stage 2 Jensen mempersoalkan niat Case... akhirnya Case mengaku dia yg sabotaj perisai Frankenstein supaya dia tak menang perlumbaan untuk dapat kebebasan...tp sebaliknya Case yg akan dpt kebebasan tu...pastu Jensen pon sedar dia juga tak akan dapat kebebasan tu dan akan mati...dan akhirnya dia survive stage ke 2...

stage ke 3 cuma ada 2 driver je...Jensen & Machine Gun Joe...seblm race Jensen tambah 1/2 gelen minyak lagi dan bersepakat dgn Joe...rupa2nya diaorg berpakat lepaskan diri dari penjara tu bersama2...kelam-kabut semua bila diaorg lepaskan diri dari pulau penjara tu...tp akhirnya berjaya jugak diaorg lari dgn pertolongan Case yg menyamar jadi Frankenstein... Case tak kisah sbb dia dah dpt surat pembebasan dia...

akhirnya Jensen & Machine Gun Joe mula hidup baru sebagai mekanik... dan Jensen dapat semula anak dia...

Overall bagi aku filem ni ok gak... penuh aksi. Sesuai gak ditonton seisi keluarga... Apa2 pun...selamat menonton.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites