Tuesday, December 02, 2008

Fatwa Haramkan Rokok akan diwarta?


Kepada perokok-perokok tegar cam aku... bersiap sedialah untuk berhenti merokok (bolehker??) apabila jadinya fatwa haram rokok ini diwartakan...
Skang ni lepas isu Yoga, isu rokok pun sudah mau keluar fatwa ... apa pendapat korang cara nak berhenti merokok? Kerajaan kena naikkan lagi cukai dan harga ? Buat sekali lagi Kempen Tak Nak Merokok??? Dan paling drastik kalau betul-betul nak haram rokok.... Rokok diharamkan masuk Malaysia.... boleh ker?

Fatwa Haram Rokok Pulak
Bincang warta fatwa haram rokok

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak

yang arif mengenai agama Islam berhubung cadangan AhliParlimen supaya fatwa pengharaman rokok diwartakan dengan segera.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata perbincangan denganpakar agama itu akan membolehkan pihaknya mendapat penjelasan lanjutkenapa sehingga kini fatwa yang dibuat pada 1997 tidak diwartakan.

"Mengenai fatwa ini, kita akan bincangkan jika ia dapatmemastikan jumlah perokok dapat dikurangkan," katanya ketika menggulungperbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi kementeriannya padasidang Dewan Rakyat semalam.

Sebelum itu, Dr Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang bangunmencelah ketika sesi penggulungan itu ingin mengetahui mengapa fatwaberkenaan tidak diwarta dan adakah kerajaan bimbang langkah itu akanmenyebabkan ramai perokok beragama Islam ditangkap.

Mujahid juga menyifatkan langkah kerajaan membelanjakankira-kira RM22 juta bagi 'Kempen Tak Nak Merokok' kurang berjaya keranamasih ramai yang tidak membuang tabiat buruk berkenaan.

Beliau juga mencadangkan supaya digunakan istilah najis rokoksama seperti ungkapan najis dadah yang diguna sekarang bagi mewujudkanbudaya tidak sukakan bahan berkenaan.

Liow berkata, berdasarkan kepada perangkaan 2006, jumlah perokok berusia 18 tahun ke atas sudah berkurangan.

"ada tahun berkenaan jumlah perokok sudah berkurangan duaperatus berbanding 2005 dan ini membuktikan 'Kempen Tak Nak Merokok'sebenarnya berjaya," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jumlah doktor di seluruh negara sekarang sebanyak 23,738 orang.

"Nisbah sekarang ialah seorang doktor bagi setiap 1,145penduduk dan ia jauh ketinggalan berbanding nisbah yang sepatutnyaiaitu seorang doktor bagi setiap 600 penduduk," katanya.
Bagi menampung kekurangan itu, katanya, kerajaan membuat keputusan untuk meningkatkan jumlah doktor warga asing di negara ini daripada 490
orang kepada 1,000 orang.

"Bagi meningkatkan bilangan doktor pakar, kita membuatkeputusan menambah pengambilan pelajar sarjana perubatan daripada 450orang setahun kepada 600 orang," katanya.

Sementara di luar Dewan Rakyat, Liow berkata, kementerian sudah mendapat kelulusan Kabinet untuk menambah bilangan doktor,termasuk doktor pakar dari luar negara untuk berkhidmat di hospitalkerajaan yang sedang menghadapi kekurangan kakitangan yang amatkritikal.


sumber: http://www.bharian.com.my

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites