Monday, June 19, 2006

Konsert Minggu Ke 3 AF 4

Konsert Akademi Fantasia minggu ke 3.

Konsert minggu ketiga Akademi Fantasia 4 semalam menyaksikan seorang lagi pelajar yang terpaksa keluar awal dengan membawa pulang beg tajaan Samsonite. Rich, pemuda Sabah yang berjiwa rock yang belum sempat mendapat lagu yang diminati dari segi genrenya. Beliau merupakan pelajar yang ke 3 tersingkir dalam Akademi Fantasia 4 selepas Nora dan Karen. Beliau juga merupakan pelajar lelaki pertama yang terpaksa meninggalkan akademi. Seperti konsert kedua minggu lepas, konsert ketiga ini juga diadakan pada tengahari Ahad. Strategi Astro untuk menggalakkan ahli keluarga berehat bersama di hujung minggu bersama sambil menyaksikan Konsert Akademi Fantasia. (Sambil membuang undi SMS). Undian penonton tidak menyebelahi Rich pada hari tersebut, meskipun di awal konsert nampak kedudukan Rich tidak akan tergugat. Sekiranya Rich tidak terkeluar minggu ini, Salima mungkin akan menjadi mangsa. Ini kerana undian Salima adalah kedua tercorot. Juri pada konsert pada kali ini selain Adlin Aman Ramli ialah M. Rajoli dan Deja Moss. Analisis Persembahan pelajar Semalam:

1.) Salima – Obsesi (Juliana Banos)
Penampilan Salima pada tengahari Ahad semalam dengan gaya koboi. Pandai juga wardrobe Astro ni pakaikan topi Koboi, cover tudung si Salima ni. Maklumlah pelajar ni kena bawa lagu yang gedik, kenalah sesuaikan dengan imej bertudung tu. Overall persembahan Salima minggu ni biasa saja. Kejutan untuk Salima di konsert ni adalah kehadiran adik perempuan beliau ke pentas utama. Untuk melepaskan rindulah gamaknya tu.

2.) Amirul – Yesterday ( The Beatles)
Walaupun lagu agak slow, dengan penampilan yang menyakinkan ,seseorang artis itu akan berjaya menghangatkan suasana. Itulah yang terjadi kepada Amirul. Dengan penghayatan dan lenggok nyanyian yang baik dalam mempersembahkan lagu ni, telah menarik perhatian Juri. Dari segi Vocal, ada peningkatan dari minggu ke minggu. Cuma harap sengau tu dapat buang sikit.


3.) Rich – Mustika ( M. Nasir)
Dari minggu ke minggu persembahan Rich rasanya belum menunjukkan peningkatan. Mungkin kerana lagu yang diberi bukan genrenya. Tapi kalau dah masuk Akademi Fantasia ni, Rich kena sesuaikan semua genre lagu. Persembahan bagus dari minggu lepas. Situasi dimana Aznil menanyakan kepada Rich siapa yang bakal dibawanya keluar menonton World Cup, sememangnya diketahui ramai adalah tanda bahawa Rich akan terkeluar minggu ini.

4.) Zila – Tak Tercapai Akalmu ( Elyana)
Lagu rancak yang memang dinanti-nantikan oleh peminat Zila. Persembahan baik. Tapi persembahan tarian bersama dancers tidak menunjukkan attitude untuk lagu yang di bawa. Overall vocal ok. Cuma agak terikut-ikut penyanyi asal. Idola Kayu8 @15 si Zila ni rupanyer ye.

5.) Farhan – Still Got The Blues.
Dua konsert yang dilaluinya dan lagu yang di bawanya telah menempatkan beliau sebagai calon yang memang tidak dapat disangkal kehebatannya sebagai seorang penyanyi. Sekali lagi beliau membuktikannya diminggu ini. Tapi harus diingat sejarah Akademi Fantasia selalunya tidak memihak kepada pelajar seperti beliau. Persembahan paling baik antara semua minggu ini.

6.) Haziq – Cinta Nusantara (Sheqal)
Masih lagi mendapat rentak lagu yang memang genrenya. Tepat sangkaan aku yang Haziq akan berjaya membawa lagu ni dengan baik. Masih menunggu Haziq membawa lagu yang rancak.

Acara selingan untuk minggu ini ialah pelajar-pelajar AF celebrate Birthday Tasha (pelajar prelude) di atas pentas utama. Semua pelajar AF4 dan pelajar Prelude menyambutnya bersama.

7.) Lotter – Iris (Awie)
Lebih suka melihat Lotter menyanyikan lagu Def Gab C. Kerana suaranya lebih sesuai untuk lagu seperti itu. Dalam membawakan lagu Iris ni agak kurang menyerlah sikit keupayaan beliau.

8.) Velvet – Teman Tapi Mesra (Ratu)
Seperti juga Farhan, vocal Velvet tidakboleh dinafikan lagi sebagai antara yang terbaik dimiliki oleh Akademi Fantasia 4 ini.Tapi minggu ni, part low note , suara Velvet tak begitu jelas. Kumpulan Ratu pun susah juga nak bawa lagu ni secara live. Kredit untuk Velvet.

9.) Diddy – Memori Luka (Headwind)
Paparan awal menunjukkan kegembiraan Diddy mendapat panggilan dari Siti Nurhaliza semasa dalam Akademi. Lama dah tak dengar lagu Headwind ni. Dengan persembahan yang begitu, Diddy berjaya menonjolkan suara jantan yang memang di cari-cari oleh muzik tanahair. Nyanyian beliau juga bagus sekali minggu ni.

10.) Faizal – Blues Terengganu Kita
Penampilan istimewa Saleem Iklim di pertengahan lagu ni menggamatkan pentas. Lama dah tak nampak Saleem Iklim ni. Yang menarik perhatian, ialah vocal Salem yang lebih baik dari vocal Faizal. Mungkin lebih berpengalaman dari segi teknik nyanyian yang betul. Apa-apa pun, suara Faizal memang cun untuk lagu kelahiran dia ni. Persembahan terakhir ni memang bagus , sebab penuh tenaga dan meriah. Satu lagi kejutan yang dibuat oleh Pengkritik tetap, Adlin Aman Ramli ialah, semasa memberi komen kepada Faizal, dia mengatakan agar anak muda ini supaya jangan mengambil dadah. Seolah-olah kenyataan itu ditujukan kepada seseorang…….

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites